Observation ?

By peachy sana - December 18, 2013

Assalamualaikum,
Rasanya (bukan rasa lg dah, tp kenyataan) dh lama Shan tak meng-update blog ni. Bukan sekadar berhabuk dah, tp dipenuhi dengan debu hama yang menyesakkan pernafasan. Kena pakai oksigen Shan masuk blog. ( Hey, agak melampau ini). Okey-2, Shan tipu je. Shan minta maaf (suddenly?). Dah baca tajuk? Ok, Shan nak berbincang pulak pasal pemerhatian dari kaca mata petak Shan yang dah dua tahun berkhidmat dgn Shan ni. Pemerhatian pasal apa? Ok, Sini menge-list kan nya okk,

1. Orang baik
- Td, masa Shan jalan ngan parent Shan, benda yang awesome telah Shan jumpa. Cer teka, cer teka. Ahaa, Shan jumpa orang yang bagi sedekah. Macam jakun je Shan ni kan, macam tak pernah tengok orang bagi sedekah. Bukan jakun, tp Shan bangga yang manusia pada hari ni masih super duper baik hati. Ceritanya bgini, ada seorang tua yang tidak berkemampuan ni minta duit kat seorang orang tua yang agak berada. Nak diceritakan, bukan macam minta perhaian, lelaki tua tu bagi duit kat perempuan tua yang mintak kat dia tadi. Oh, awesome giler orang hari ni.

2. Bantuan segera
- Satu lagi jenis manusia yang Shan jumpa ialah orang yang bagi bantuan segera. Bukan CPR eh. Ni bantuan fizikal. Td, (banyak yang berlaku tadi) ada seorang orang tua yang tak tahu macam mana nak pakai skuter. Dia cari punya cari macam mana nak buka sit skuter tu sebab dia nak isi minyak, tp tak dapat. Tiba-tiba nak dijadikan cerita, adalah seorang mamat ni lalu kat situ. Kebetulan kereta dia parking tepi skuter pak cik tadi. Teruslah dia bantu pak cik tu buka sit. ( Shan touched sorang-2 dalam kereta).

p/s : Tabik spring laa kat mamat dan seorang orang tua berada tadi. Tak rugi jadi orang baik. Pahala bertambah, hati pun manyak senang leh. .

Yang melakukan pemerhatian,
Ops Nazira :)

  • Share:

You Might Also Like

0 comments