Posts

Kecewa Punca Penghijrahan

Image
bang! bang! bang! tajuk skema, huahuahua

Sudah sakit baru cari Allah. Huahuahua, padan muka. Opss, tak boleh nak hard sangat dengan orang baru lepas sakit hati ni. Nanti tak pasal-pasal lemah iman boleh bunuh diri, hehe.

Bukan apa geng, aku nak kongsi kisah aku sendiri yang sudah jatuh aku selamatkan diri dari tangga. yaa, memang aku selamat. True story, tapi aku sikit lagi nak kena hempap dengan tangga.

Baiklah, aku bukan nak cerita pasal cerita kisah percintaan aku yang sekerat jalan, tapi aku nak bercerita kisah aku selepas dikerat oleh cinta, yang menyebabkan hati aku patah seribu. Ouch, putus cinta memang sakit. Sama ada pasangan kita dah tak dapat nak teruskan komitmen dengan kita, ataupun kita dah give up dengan pasangan, semuanya akan membawa kepada putus cinta.

Aku bercinta awal beb. Umur 18, kununnya dah jumpa dengan kekasih dunia akhirat. Kekasih awal dan akhir, dan memasang angan-angan untuk hidup bersama. (Statement lawak tak hengat). Tapi, hampa lah jugak. Hampir 2 tahu…

pengakhiran hidup sebagai pelatih berkaliber

maaf, sebab tajuk over confident, tapi memang macam berkaliber lah jugak aku rasa kerja aku sepanjang jadi pelatih berkaliber selama 4 bulan tu. Ya Allah, pejam celik, pejam celik, naik turun lif, keluar masuk rumah, dah habis jugak zaman aku jadi pelatih. i'm gonna miss this moment so much in my life, uhuk uhuk uhuk *menangis kunun.

orait, first of all, aku memang nak habaq kat semua aku memang introvert nak mati kat ofis. maybe sebab perbezaan umur yang amat ketara menyebabkan aku menjadi pemalu yang amat. sampai boleh buat kerja sendiri tak hengat dunia gitu, awww.

tapi, sangat-sangat aku nak berterima kasih kepada semua yang telah memberi tunjuk ajar kat aku, yang telah beri makanan free, yang selalu kongsi kopi 3 in 1, yang selalu ajak aku makan luar, yang bawak aku jalan-jalan dalam opis, yang bawak aku naik tingkat 12 dan tengok mukah dari langit (huhu, melampaui batasannya amat banget, waduh), yang dah sentiasa menceriakan hidup aku dekat opis dengan lawak-lawak bodoh yang…

4 kali

"eh, labuh tudung kau sekarang? mana lagi hijabista belit-belit kau dulu?"

"longgarnya seluar, takde class la"

"kau ni bajet ayu depan lelaki, nak tunduk-tunduk pulak. tunjuk la perangai kau yang kononnya gila-gila tu, hipokrit!"

"jangan nak berlembut sangat dengan semua orang, kau ni berlagak alim"

aduh, sakitnya berubah. tajamnya lidah. bukan hanya dari syaitan-syaitan, malahan dari orang-orang yang dah lama kenal aku. keji kah perubahan? jahat sangat kah aku nak jadi baik?

Percubaan 1

aku cuba pakai stokin dan handsock. bolehlah maintai dalam 2 hingga 3 bulan. tapi akhirnya kononnya tak tahan panas, buka juga handsock. tapi syukur stokin kekal sampai kini. seluar masih fit gila. macam nak tunjuk semua aset yang ada. biar terbelalak mata ajnabi tengok kaki yang kononnya seksi.

keputusan - gagal

Percubaan 2

cuba mengaji tiap malam lepas maghrib. beberapa bulan bertahan, tapi akhirnya sebab terlalu banyak kerja sekolah sehingga terpaksa gadaikan…

sometimes you win,sometimes you learn

fall in love is easily. but, stay in love, is pretty hurt huh?
not everyone can stay in love. not everyone can feel the love as much as first time fall in love. 
but, sometimes Allah send someone for a reason. rather it be good, or it gonna be worst, it's all in our hand.
Allah never send a wrong person, but we keep judging a person who Allah send us. who rude? Allah? We?
accept the faith, and life will be beautiful. 
and i just want to stay in love

Tukar haluan

Image
"Kita putus untuk masa ni. Saya rasa tak dapat nak teruskan hubungan ni"
Satu malam aku terima mesej seperti ini. Wahh,mudahnya buang. Kalau dah buang jangan cari aku lagi. Aku dah penat. Tak guna kalau terus bersama, kalau hati dah tawar.
Lepaskan. 
Aku menangis malam itu, seperti esok tiada harapan lagi. Penat. Kecewa. Sedih. Pasrah. Sakit. Jadi satu rasa yang bercampur-baur. Aduh. Mengapa mesti aku.
Minggu 1 Masih menangis sebab masih terfikir-fikir. Ada juga chat dia minta kembali. Tapi hampa. Sedih lagi. Kecewa lagi.
Minggu 2 Menangis lagi. Namun kurang sedikit air mata. Nanti mama dan papa nampak, Risau tengok anak dara mereka menangis macam ni. Cuba husnu dzon.
Minggu 3 Cari Allah. Benar kata orang,senang memang tidak mahu cari Tuhan. Sudah sakit macam ni, bvaru nak cari Allah. Allah aku sakit lah. Allah aku kecewa lah. Allah aku pedih lah. Tapi, Allah maha mendengar. Diberi ketenangan,namun kadang-kadang jika teringat dia,menangis lagi. 
Minggu 4 Cari ketenangan dan…

Bipolar Disorder | Depression

Image
Assalamualaikum, nak cerita something pulak hari ni.Ya Allah, tadi buat "Bipolar Test" online, dan aku antara penghidap Bipolar Disorder ni. Yassss, my office mate suruh buat test online sebab tengok aku macam pelik semenjak dua menjak ni. jadi, aku buat depression test dan bipolar test.

Keputusan untuk bipolar aku, buat aku terkejut gila beruk kau. Haa, aku ada snip kat page test online tu tadi. Tak sangka bipolar yang aku hadapi ni berada di tahap "high".


Ni adalah keputusan aku punya bipolar test tadi. Haa, terkejut jugaklah. hmm, nak explain sikit-sikit pasal bipolar disorder ni.

"a mental disorder marked by alternating periods of elation and depression" sumber : encik google
Bipolar disorder ialah masalah otak/pemikiran yang akan mempengaruhi mood, tenaga seseorang tu. Alahai, ape pulak aku jadi doktor psychology tiba-tiba ni. But, seriously, masih terkejut sangat dengan keputusan bipolar aku.

Ok, next ialah "Depression Test" pulak. Waduhai,…

Cemburu

Ya Allah, cemburunya aku dengan orang yang Kau dekatkan hatinya pada-Mu terdahulu sebelumku. Malunya jika aku belum menyedari apa yang penting untuk kehidupan ini.
Ya Allah, cemburunya aku pada makhluk-makluk ciptaan-Mu yang sentiasa memuji dan mengagungkan -Mu, namun aku yang punya akal, tidak sedekit pun terdetak untuk berterima kasih.
Ya Allah, cemburunya aku pada orang-orang yang berjihad ke jalan-Mu dan demi agama-Mu, sedangkan aku berusaha mempertahankan cinta duniawi yang belum pasti.
Ya Allah, cemburunya aku pada seluruh alam ini, sedangkan seluruh alam memuja dan memuji-Mu tiap waktu, tapi aku yang kerdil, yang meminjam pemberian-Mu langsung tidak memikirkan diri-Mu.
Ya Allah,

Sungguh aku cemburu .