Budak hot vs cool

By Nasampian - December 03, 2013

Assalamualaikum (jawab jangan tak jawab keyh)

Okai, firsly, mesti sekolah korang (bg yg masih sekolah or masih ingat kenangan lama mengusik jiwa) ada budak yang hot kan. Alaa, macam dalam novel Ain Maisara tu, geng The Wannababes yang hot giler tu kan. Personaliti budak hot memang tak jauh dari kaya kan. Lepas tu cantik bagi perempuan dan hensem bagi yang sebaliknya. Tak pun, boifren or gelfren salu tukar-tukar. Kekadang jujur Shan cakap Shan jeles ar ngan budak hot ni. Diorang hot stuff. Kemana-mana pun orang pandang memang hot stuff. Lagi-lagi perempuan yang hot ni. Budak lelaki kat sekolah boleh kena jangkitan angau tau. Lelaki jangan cakaplah, kalau muka persis umpama Nickhun 2PM, memang tak berkelip lah mata budak perempuan termasuk Shan. Yaw, menggatal. Haha. Tak de la, iman Shan tak cepat bergoncang (kononnya lah. Kan Shan ni suka masuk bakul angkat sendiri).

lalalala~~ lalu kejap

Okai, next pulak budak cool. Budak cool biasanya personaliti dia diantara nerd dan hot. So, jika ditambah kedua-duanya jadinya cool macam diletak dalam freezer. Budak hot even tak pandai orang pandang. Tapi budak cool lagi best. Dah lah muka gempak macam korean idol (tp, korean ni agak plastik la. Kalau diorang pergi Malaysia Shan rasa orang Malaysia boleh tutup hidung sebab bau plastik merata-rata. Tak pun pakai je penutup muka yang siap ada oksigen tu. Lebih selamat dan menyelamatkan). Okeh, berhenti cakap pasal plastik. Back to basic [apakah? Sorry, Shan bukannya hebat dalam Inggeris pun. Bak kata orang melanau 'parep' (parep means hentam sajalah)]. Budak cool ni sometimes diorang boleh melawan kepanasan budak hot. Kan dah biasa dengar pepatah tu. Api kalau simbah air terpadamlah. Ni simbah ngan minyak, maraklah jadinya.

lalalala ~~ lalu sekali lagi

Actually Shan nak cakap pasal budak hot and cool sekolah Shan. Bukan Shan nak mengata, mengomen, menggritik or wadeva, tapi Shan nak orang ambil ni sebagai iktibar dan pengajaran. Yang baik jadikan teladan. Yang buruk biarkan buruk la. Apa? Nak buat pembedahan plastik. Buatlah kalau berani. Budak hot sekolah Shan yang Shan rahsiakan namanya perangai dia agaklah buruk. Why buruk? Dia budak perempuan (Shan cover muka, malu sebab Shan pun perempuan T^T) dan kalau depan budak lelaki tiba-tiba mood tergedik dia muncul dan memanaskan hati orang yang melihatnya. Lagipun kalau orang mencari masalah, kes atau pasal dengan dia, dia boleh marah orang tu depan-depan orang ramai. Shan jujur cakap Shan dah kena ngan dia. Hati Shan dah nak terbakar dengan api kemarahan masa tu. Nasib baik kawan Shan jirus dengan air sejuk yang ada dekat kolam berdekatan. Terubat hati Shan. Kalau tak, dah boleh jadi lauk makan nasik dah. Lepas tu, Shan agak cepat panas baran kalau tengok muka dia. (tengok muka dia je la. Tengok muka orang Shan senyum macam ni :). lebar tak lebar senyum Shan). Shan memang balas kemarahan berapi dia tapi lepas tu kemarahan dia menjadi-jadi. Nasib baik ada beberapa orang kawan Shan menenangkan keadaan. Siap ada kawan Shan bagi warning kat budak tu supaya jauh dari Shan sejauh 2 meter sahaja. Hemm, pastu budak tu dah ada hobi baru dah. Kerja dia tiap hari menjeling Shan. Tapi, lepas Shan ken kaunseling ngan guru kaunseling berkaliber sekolah Shan hasilnya Shan senyum tengok dia jeling. Haha, yang bestnya, laju dia tengok tempat lain. Maybe dia fikir Shan dah gila kot. Yesh, memang Shan dah gila. Shan dah gila tengok budak perangai macam-macam tu.

lalalalalala ~~ untuk kesekian kalinya lalu lagi

Budak cool sekolah Shan merangkap orang yang Shan adore nak tengok selalu. Why? Haa, tempat favorite dia tentulah surau yaw. Alhamdulillah, masih ada orang macam ni hari ni ya Allah. Walaupun dunia dikejar sekarang ni entah apa-2 entah, dia tetap cool je. Dah lah rajin, pagi-2 sebelum bell masuk kelas bunyi dia dah duduk tercongok sorang-sorang dalam surau. Kalau tak baca Quran dia belajar. Tapi, memang la nafsu manusia kan. Selalu jugak Shan tengok dia tertidur dalam surau sambil letak buku latihan dekat muka. Tapi tak pe, at least dah baca sikit kan. Lepas tu, dia suka senyum kat semua orang. Yeay, saya suka. Saya suka. Hehe, senyummu menawan-menawan. Tapi sayang hatiku tak tertawan. kk.

lalalalala ~~ lalu dan lalu dan lalu dan lalang lagi

Nampaknya banyak sangat dah orang lalu lalang dari tadi. Shan dah boleh buat banci penduduk dan perumahan dah macam ni. Hehe, Oklah, panjang sangat entry nanti korang cakap Shan buat novel pulak kat sini.

Tata-titi-tutu
Pyan's Precious Daughter

  • Share:

You Might Also Like

0 comments