Officially and excitedly habis sekolah

By Nasampian - December 01, 2016

Assalamualaikum w.b.t

Sebenarnya, lama dah nak post. Memandangkan minggu akhir persekolahan kami busy ngat-ngat, jadi takdo la masa nak update pasal benda benda penting yang berlaku sepanjang minggu ini. Tajuk sebenar post entry bukanlah seperti yang anda lihat pada ketika ini. Tajuk sebenarnya ialah "5 days before officially and excitedly habis sekolah". Hmm, lebih kurang je kan, abaikan.

Orait uolss,


hmm, tetiba ada gambar (muka terkejut gilaa). actually this is family of business management Kolej Vokasional Sibu. Eh, ni semua anak sulung je. Angah, Achik, Bongsu tunggu hari korang appresiasi nanti, ok! Haa, happy je muka eh orang-orang di dalam gambar ni. Sebenarnya, masa ni kami ada majlis appresiasi. kononnya, majlis ini untuk menghargai semua jasa dan bakti pelajar-pelajar tahun akhir Kolej Vokasional Sibu. Objektif utama majlis ini adalah untuk bagi sijil sebab takde hari anugerah apa ntah. aku jarang ikut majlis tu, sebab tu aku lupa. ikut pun sebab jadi ajk makanan, true story.

Majlis ni diadakan seminggu sebelum sekolah tamat. Sekolah tamat 26/11. jadi bakti kami seminggu kemudian tak dikira laa. seminggu akhir tu sebenarnya kami ada banyak sangat kerja. nak buat presentation projek akhir, nak atur balik semua kertas kerja dan laporan, nak isi buku log, nak print, nak susun fail. senang kata, semua nak, tak de yang taknak. akibat daripada kesibukan yang melampaui batasan tersebut, maka kami tidak merasai perpisahan yang kunjung tiba. ecewahh, masih mantap bahasa melayu walaupun 2 tahun dah tak belajar (hidung kembang sebab puji diri sendiri).

Sebelum aku pergi tajuk lain yang menyimpang, aku nak belanja laa kalian semua gambar yang menjadi bukti kami memang ada bergambar di hari appresisasi tersebut. Dipersilakan :

okay, ni gambar versi sopan sikit. formal la, biasalah kalau ikut majlis sedemikian rupa

gambar sebelum makanan tiba di meja hidangan. aaa, aku rasa aku paling cantik (masuk bakul, mak angkat)

gadis-gadis sunti pengurusan perniagaan kohort 2013-2016 yang hot

masih gambar yang sama seperti gambar nombor 2, cuma ada candid sikit-sikit


freestyle gegirls, hmm. takleh nak cakap apo dah


boboys business management kohort 2013-2016 yang klasik dan tidak ketinggalan dalam pelajaran ("mataku hanya memandangmu abang afif, omaigad, jantungku berdegup kencang, adakah ini cinta" monolog semata-mata)

Itu baru gambar berkumpulan. Hmm, sekarang aku nak tunjuk partner in crime aku pulak.

heyyo afif. am i too short ?

part bongkok time nak selfie dengan aku ni sedih sikit ceritanya. kalau tak bongkok, gambar separa hidung akan muncul. aku tak de lah nak pendek sangat, 150 cm.

okay, done post pasal majlis tu. aku nak cerita pulak pasal kesusahan minggu terakhir persekolah kami. masa tu, afif ni dah angkut semua barang dia, blah dari sekolah. epp, bukan berhenti sekolah, atau digantung whatsoever. tapi beliau ini nak pergi mengerjakan umrah dan meninggalkan fail dan pta tanpa kerelaan. hingga ku jatuhkan air mata. (hmm, kelaut)

rajah 1: beliau berdiri dan selfie

rajah 2 : beliau berdiri 

rajah 3 : beliau berdiri dan selfie

rajah 4 : selfie dan botak already !

ada satu benda yang dia dapat dr Tanah Suci iaitu pengalaman. tapi ada 2 benda yang di tinggalkan di tanah suci, satu selipar dia yang kenak copet (al-maklumlah orang sana tak pernah tengok fipper). dua, rambut dia yang dah di'shave' leklok.

hmm, kami yang ditinggalkan kat malaysia ni kenalah menyiapkan semua benda yang dia tinggalkan dengan harapan supaya dia doakan kami di sana. wahh, heaven. (actually, hari ni dia balek dah. dah kat sibu, siap-siap nak tido pakai kain pelekat dah)

ni pulak apa yang aku buat kat sibu sepanjang peninggalan beliau. berselfie bersama fail-fail penuh di sekeliling. dengan otak rasa dah digunakan di tahap maksima. aku tak mampu nak imagine lagi dah hari kami berperang melawan fail tu.

hari last persekolahan kami 25/11 (jumaat).kami masih lagi busy nak urus semua benda. hmm, yang sedih sekali ialah kami langsung tak merasa sebuah perpisahan. kami tak sempat nak salam semua orang. tak sempat nak peluk minta maaf bagai, tak sempat nak buat jamuan (yang ni paling sedih), dan banyak lagi orang lain buat hari terakhir, yang kami tak buat. alahai, dah balik rumah, baru lah terasa kehilangan. barulah terasa yang kami tahun depan tak sekolah lagi. baru terasa nak tatap semua muka orang dalam kelas lama-lama dalamgambar kelas sebab lepas ni dah tak jumpa. hmm

tajuk kemain lagi, tengok-tengok sad ending.

kbyee

  • Share:

You Might Also Like

0 comments