Cuti-cuti Malaysia

By Nasampian - December 03, 2016

Assalamualaikum w.b.t

hari ni, I nak review pasal tempat percutian best dekat Malaysia. Kita mesti cari yang rare laa. Bosan la asyik tempat yang sama je kan. Jadi, mak bapak adik kakak abang jiran yang nak pergi bercuti tu, bolehlah review tempat bercuti yang syiok gilerr sebelum pergi melancong. Untuk review hari ni, kita cek apa yang ada dalam negara je. Before that, Thank you kepada Encik Travel sebab menyediakan gambar-gambar menarik yang buat aku rasa nak pergi melancong je. Tapi aku tak boleh nak melancong buat masa sekarang. Aku nak OJT lagi, hmm (sedih). So, let's go!!

1. Pulau Rahsia, Mersing

Cantik kan. Pulau ni ada kat Johor. Bagi orang Sarawak, dekat je lah. Bolehlah Pulau Mersing ni masuk dalam wishlist aku. Tunggu aku dapat cuti yang betul-betul cuti, dapat lah aku rasa bercuti. Hmm, sedihkan? Menurut Encik Travel, perjalanan dari Mersing ambil masa 30 minit dengan naik bot. bagi yang takmabuk laut tu, boleh lah pergi pulau ni. Nak berenang dari Mersing sampai ke sini pun boleh gak.

2. The Tree Top, Sungai Kedim Kedah



Wow, I suka pergi tempat tinggi sebab i tak gayat (berlagak, takbur, riak, sombong). Takde lah, memang aku suka tempat tinggi, secara faktanya. Bagi yang nak tenangkan minda tu, bolehlah pergi ke sini. Pemandangan dia cukup indah untuk yang tertekan tahap nak gila tu. Tapi kalau nak bunuh diri, disarankan agar jangan ke tempat ini. Risikonya tinggi melambung ke langit, nanti mati,mayat tinggal situ, ada hantu, dah tak glamour lagi tempat ni karang.

3. Frenzy Waterpark, Lumut


Menurut Encik Travel, tempat ni ala-ala wipeout laa. Aku tengok pun dah serupa wipeout. Tapi aku jenis yang tak suka air nak masuk dalam hidung, dalam mulut semua. Jadi yang suka adventure tu bolehlah pergi bercuti kat sini yee.

4. Berdekatan Tower majestic Ipoh



Bagi orang yang suka tengok mural pulak bolehlah pergi Ipoh ni. Lukisan dia perghh, thobaekk punya. Kita tengok pun boleh throwback balek sampai ke zaman mula-mula merdeka dulu (cewahh). Aku teringin pulak nak pergi tempat ni lepas aku tegok mural-mural dia, hmm. Ya Allah, permudahkanlah impian hamba-Mu ini. Amin.

5. Pantai Tusan, Miri


Lupakan angan-angan hampa semua nak pergi pantai jauh-jauh. Sebelum nak pergi jauh-jauh marilah singgah kat Pantai Tusan Miri Sarawak ni dulu. Indahnya, Subhanallah, ciptaan Allah memang terbaik. Tak mampu nak cakap apa dah *terharu.

6. Survivor Island / Pulau Tiga Sabah



Sabah memang well-known dengan pulau-pulau dia yang cantik-cantik giler sampai aku dah nak mengalirkan air mata sedih sebab tak pernah pergi Sabah lagi. Hmm, Pulau ni menurut Encik Travel pernah jadi tempat rakaman Rancangan Survivor. Sebab tu kot nama optional bagi pulau ni Survivor Island.

7. Desa Fairy Farm, Mesilau Sabah



New Zeland? Opps, gosok-gosok dulu mata tu bagi terang penglihatan,hehe. Ni lah pemandangan Desa Fairy Farm di Mesilau Sabah. Hah? Tak Percaya? Gosok lagi mata tu kuat-kuat, lepas tu buat tempahan flight nak pergi Sabah, hehe. Ala-ala New Zealand kan? Cantik dia, lembu dia, hehe.

Rasanya setakat tu dulu lah reiew cuti-cuti Malaysia aku ni. Lain kali aku buat ikut negara pulak, hehehe, tunggu k?

Kbye!

  • Share:

You Might Also Like

0 comments