Kisah OJT (Part 1)

By peachy sana - December 09, 2016

Assalamualaikum,

Hari first aku lapor diri OJT hari tu,rasa macam nah luluh jantung dan jiwa ragaku ini Ya Allah. Aku dah masuk dalam alam pekerjaan ni, rasa ada lain sikit dari pergi sekolah. Ye lah, kat sekolah kita pakai baju seragam, kat ofis ada stail formal dia yang tersendiri. Ada jugak lah aku tengok yang hipster sampai pakai sniker sambil berjubah, baguih, berani mencuba amalan mulia.

Aku tak nak la sebenarnya nak cerita pasal baju yang aku pakai, sebenarnya aku nak cerita tantang pengalaman pahit manis aku seminggu dah ber-OJT. Hmm, secara keseluruhan aku bagi markah 7/10 atas prestasi aku minggu ni. Sangat-sangat terok. Perangai suka tidor dalam kelas akhirnya memakan diri sendiri kat ofis, huahuahua.

But that's okay, kakak senior I cakap iaitu kak tini, itu adalah sebahagian dari kerja. Hmm, berilah aku gaji dengan kerjaya tidur, Ya Allah,amin. Tutup cerita, okay. Sekarang aku nak explain pasal ofis aku. Bangunan ofis tempat aku bekerja iailah hak kerajaan Sarawak tau. Semua yang berkaitan dengan Sarawak (sbg contoh : aku OJT kat Jabatan Tanah dan Survei), akan berada dalam ofis ni. Kiranya untuk organise negeri Sarawak Sendiri laa. 😍😍. Bangunan ni memang cukup tinggi dan diberi nama Menara Pehin Setiaraja Mukah. Memang setia raja,walaupun tak ada raja.

Meja Kerja yang ada plastik makanan
Okay, first of all, aku nak perkenalkan meja kerja aku kat korang semua,hmm. Ni lah rupa meja aku yang baru seminggu aku duduk, dah bersepah-sepah. Buku berterabur, ada plastik makanan, beg tak tutup betul-betul, komputer tu shut down tak digunakan langsung, hahahaha 😂😂😂😂

Bangunan Pehin mencakar-cakarlangit kelabu (wowseh)
Lupa nak bagi tengok rupa bangunan tu. Yaw, tinggi an, tak padan dengan budak praktikal dia, hahahaha

Aku nak bagi belanje gambar je lagi, tak tahu nak tulis apa.Lagipun minggu first OJT aku belum buat apa-2 lagi, so jom aa tengok-tengok tempat kerja I

Ni meja Senior Jarrel, merangkap pembantu penyelia aku, penyelia aku punyalah busy main bola jaring, tak perasan anak buah dia kat sini. masa ni Bro Jarrel masih cuti lagi.

Aku diletak kat bahagian akaun, modul paling aku benci zaman kolej dulu, 😅😅

Sebenarnya nak ambik gambar seksyen akaun atas tu,hmm, telefon I tak boleh nak zoom, kualiti kamera tak baguih, al-maklumlah lenovo,hahaha

Ni lobi dia, aku ambik gambar masa aku tunggu mak aku ambik aku balik petang tu. Aku habis kerja dalam pukul 5.00 macam tu. Biasalah, kerja bawah kerajaan, time is money, money is time, hmm, faham-fahamkan lah

My happy feet, nyehh nyehh

Tangan orang kerja katanya. Penuh dengan cop-cop merah, hahaha. Memang kerja bersungguh-sungguh

Kbye uolss



  • Share:

You Might Also Like

0 comments