Meleleh kan?

By Nasampian - September 17, 2016

Jum me'review' lagi kat tempat lain. kali ni aku nak bawak korang carik benda meleh-leleh dalam twitter. tak percaya ada benda meleleh dalam twitter. meh la aku tunjuk kat ibu-ibu, bapak-bapak sekalian, inilah dia page yang mampu membuatkan anda kelaparan dan craving di tahap yang amat dahsyat, mempersembahkan BEST OF FOOD PORN . . . . dipersilakan.

Ni dia rupa page dia kalau tengok kat PC, memandangkan aku update blog selalu pakai laptop, aku jarang me"review" barang guna phone. kita mesti menjimatkan penggunaan data, lah sangat. ada wifi, tak nak pakai, bodoh sombong sungguh. ok, kita tamatkan sesi merepek kita pada petang ini.

rajin-2 la tekan gambar untuk proses tumbesaran ye
ok now, kita main find a hidden object dalam page ni. ciri-cirinya ialah benda tu haruslah meleleh, emm. pelik betul peraturannya, ok, let's go!

1. Waffles with Chocolate Sauce
benda meleleh yang pertama aku jumpa. walaupun lelehan nya tak seberapa, tapi mampu menumpahkan air liur aku. emm, kecur air liur. biasa kita tengok orang buat waffles, inti nya di dalam, ini I bawakan waffle dengan inti diatas dan yang penting meleleh. sekian

2. Brownie milkshake
yesss, tengok yang ni aku bahagia. sebab apa? hari ni kan panas, lagipun tekak ni sentiasa kering dan nak makan benda manis memanjang. hmm, tak lama berat badan aku dari ideal pergi ke overweight, selamat jalan ideal, bon voyage! btw, ada brownie dalam milkshake tu, nama pun kita dah tau

3. Nutella Doughnut 
yang ni lelehan dia ada melampau sikit. kepada pesakit kencing manis, sila jauhkan diri daripada melihat makanan ini. takut nanti tengok gambar pun paras gula dalam badan meningkat. tak de lah,boleh tengok, boleh makan, tapi dalam kuantiti yang sedikit. menyesal kemudian tak berguna (wahh, berfalsafah sudah)

4. Molten Choco Lava Cake

aku pernah makan chocolate lava tapi takde lah makan yang hardcore macam ni. kalau macam ni, alamatnya aku kena berlari pusing gelanggang 100 pusingan untuk bakar kalori dia, hahahaha. aku tak mampu. kerana sebiji molten choco lava, aku mesti sanggup (muka penuh yakin)

5. Cheese Fries
nahh, ambek ko. aku nak makan benda ni la ni jugak. mana nak cari ni, hmm. malam ni nak ajak mak pak jalan carik fries lepastu goreng sendiri. aku craving. please understand me fries (kesedihan seorang yang craving nya level 999999)

6. Sweet Chili Fried Prawn
oh my god! this is heavenly heaven. aku boleh senyum sampai minggu persekolahan dengan makan seekor je udang dia. kalau aku makan 10 ekor, imagine betapa lamanya aku mampu tersenyum, hahahahahaha

7. Chocolate caramel sundae brownie
and kita ada brownie lagi, dengan aiskrim jadi topping dia. mak, nak makan ni. (menangis di bucu katil). tak boleh, aku dlam operasi menjaga berat badan biar dia ideal sentiasa, aku tak boleh give up dengan makanan (kata-kata penipuan seorang penipu kepada dirinya sendiri)

OK laa, cukup tu je setakat ni. kalau aku letak banyak nanti, craving semua orang, mana aku nak tolong? hmm

bye.

p/s : before that do follow my Twitter ye cik adek, cek abang, cek kakak sekalian, tekan je NI

  • Share:

You Might Also Like

0 comments