nak dijadikan cerita. . .

By Nasampian - December 11, 2014

assalamualaikum,

semenjak dua menjak ni aku pun tak tau pasal apa, kenapa dan bagaimana malas mula berkuasa dalam diri insan lemah macam aku ni. -,-. *sila pasang lagu yuna sebagai background

dulu aku dilahirkan dengan sikap gila menggigit dimana 'nak dijadikan cerita' aku pernah menggigit dahi seorang budak cina yang mak aku jaga. actually anak jiran sebelah, masa tu aku masih cuba memahami apa kegunaan gigi *walaupun masa tu aku tak da gigi pon. eleh, masa tu kecik lagi.

mak aku jugak ada cerita bahawasanya aku ni pernah buang rantai emas, cincin emas, gelang emas dan sebagainya yang mak aku bagi pinjam masa raya ke dalam longkang air dalam belakang rumah. jadi, secara logik akal manusia mata duitan, aku sekarang tengah berhutang dengan mak sendiri. tunggu aku kerja nanti aku sponsor mak aku membeli-belah barang kemas dekat habib jewels tuh. mungkin ni lah sebab mak aku dah tak bagi pinjam benda-benda macam tu kat aku -_-.

masa kecik-kecik dulu aku ni spesis manusia nocturnal. haha, rare tak? cehh, tak dak lah. aku ni spesis manusia yang susah gila nak tidor. tapi, masa orang bangun, aku tidur dengan lenanya ditemani dengan mimpi-mimpi manis dan botol susu yang dah kering isi. sesungguhnya, memang sugguh nikmat mengganggu mak pak tidor. jahat tak? ish, ish.

dari kaca mata rabun dekat ayah aku pulak, ayah aku bukak cerita. beliau cekap aku suka mendengar beliau membaca wirid sambil berbaring di riba beliau dan tidor dengan senang hati. part macam tuh, senang pulak aku tidor. jadi lepas ni pasang ruqyah kat telinga bagi tidor.

pandangan sahabat handai dan kenalan serta rakan atau lebih dikenali sebagai sahabat, aku dianggap pendek! cina! cerah! kurus kering! kuat cakap! kuat makan! kuat tidor! amboi, kecik-kecik dulu bukan main susah nak tidor, sekarang ni, cikgu berleter dalam kelas pun suara dah macam opera cina. memang kuat tidor.

tapi, nak dijadika cerita, semua tu merupakan rencah kehidupan (bak kata babas kan?). aku membesar dalam keluarga yang sederhana, tapi tak jauh dari gelak tawa, keluarga yang bahagia, dan mejadikan agama tonggak utama. alhamdulillah hidup aku hari-hari ceria. ada mak, ada pak, adik-adik 4 orang yang sekepala dan bermuka cina-cina semua. sahabat yang baik dan menegur dengan berhemah walaupun kadang-kadang menyakitkan hati. huh!

kenapa banyak sangat cina diungkit? nak dijadikan cerita, orang selalu dok ejek muka aku cina, mata sepet and whatever, walaupun aku ni sebenarnya bangsa melanau iaitu peribumi sarawak. alahai~~

last but not least, nah untuk tatapan umum,

cina tak cina tu len cerita, yang penting senyuman aku tuh yang menawan *perasan
budak cina tudung ungu tuh adik aku, kk

kbai

  • Share:

You Might Also Like

0 comments