normal people

By peachy sana - December 19, 2014

assalamualaikum dan hai,

aku tak taulah, sama ada mata aku ada masalah atau orang tu memang dok update status pelik-pelik. bukan apa, 

haritu, aku adalah menengok-nengok twitter dan facebook aku ni. lama dah tak bukak facebook terutamanya, tetiba aku terbaca satu status yang tak melambangkan imej bertudung yang jadi dp picture dia
"sat gi aku online balek. nak buang air besar kejap ni. dah terkentut-kentut depan lappy neh"

sangat pelik. di mana maruah beliau ya? jadi, aku pun bertakafur mencari dimana silap dan salah yang aku buat sampai aku terpaksa baca status yang sedemikian rupa. walaubagaimanapun, setelah aku layan (*stalk) dia punya akaun, huh,

"dahsyat sungguh ya wanita ini"
gambaran dan ayat pertama bila aku pergi akaun dia. 

"nak boyfie baru. baru jek break tadi. sodeh"

"garu burit sat"

" b*** perempuan tuh. ey, boyfie aku kot, jangan nak menyibok"

"taulah aku ni tak hot. tak banyak liker. kau hot sebab autolike jek kot"

*ayat diubah sedikit atas sebab-sebab supaya orang empunya akaun tak saspek apa-apa kat aku

tapi, bila aku fikir balik, normal people, make mistake jadi aku pun terus ke akaun aku tukar tempat kerja kat 'bumi Allah' dan sebagainya. status pun tak nak yang bodo-bodo dah. *adalah jugak part aku jadi bodo seketika tuh. tapi tak lah sebodoh beliau.

nenek aku ada cakap kat aku, 'belajar dari kesilapan. jangan asyik nak ulang-mengulang kesilapan yang sama. bosan hidup' nenek aku pesan. jadi, aku pun rasa aku ni pun ada kesalahan dan kesilapan. ada yang aku ulang (for example : tak nak belajar rajin-rajin sampai result UPSR dan PMR teruk -,-) dan ada kesilapan yang aku tak nak ulang dah, insaf katanya (for example, mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih, dikata orang dia yang sedih, haa. gituu).

aku dulu ada ikut usrah kat kolej. walaupun kebanyakan masa usrah aku sibuk melayan mata yang mengantuk, dan terangguk-angguk sampailah kakak usrah cakap aku yang paling paham apa yang dia cerita ivendo aku la yang paling tak faham apa-apa. satu topik yang pernah aku fokus dan mengantuk sikit ialah topik 'sayonara jahiliah'. bab ni menyebabkan kebanyakkan kami terasa kepedasan dosa-dosa lalu yang telah dilakukan *bertakafur. 

bab ni, kami diberi tengok video oleh kakak usrah tentang perubahan seseorang daripada gaya hidup sosial jadi seorang wanita muslimah. sentap gituew belajar bab ni. kita yang dah lama memegang imej islam ni pun belum tentu dapat jadi muslimah sejati kan. masih ada aurat terdedah. masih ada mulut mengata, masih ada malas buat kebaikan, masih ada segala-galanya. seperti iklan astro dahulu kala 'macam-macam ada'. 

satu hari, aku pun berfikiran positif. eceh, ayat power. cara pemikiran aku diubah sedikit daripada senget menjadi lurus walaupun pembaris aku dah patah. aku fikir macam ni satu malam tu sebelum aku tidur "kawan-kawan aku dah berubah, takkan aku tak nak berubah jugak kot. takkan aku nak ketinggalan syurga..." lepas tu aku dah tak ingat aku monolog apa pasal aku ada dim memory.

janganlah kita ni nak menjadi, 'kata di mulut, tapi diri sendiri tak buat' kan. kata takut dosa Allah, buat juga maksiat. Kata takut neraka Allah, tapi dosa jugak didekat. konon nak masuk syurga Allah, tapi sakitkan hati orang dialah paling hebat. tapi kita masih normal people, memang banyak kesilapan.


ceh, macam tak dak kaitan ada jugak kan. haha. sebenarnya, ada sikit kaitannya dengan ayat aku sebelum-sebelum ni. sebenarnya, maksud dia kita cakap di mulut, tapi kita tak tunjuk dari cara kita. kita tak tunjuk dengan perbuatan kita dan kita tak semat dalam hati kita. sangat sedih kan. 

so last but not least, sebelum aku gulung pendapat aku jadi popia roll, aku nak menegaskan bahawa hidup sebagai normal people memang susah. tapi hidup sebagai normal people yang ada pegangan insyaAllah jadi mudah. 

  • Share:

You Might Also Like

0 comments