cuti

By Nasampian - December 15, 2014

assalamualaikum,

seperti biasa. ku memang lambat dalam segala benda. hari terakhir sekolah hari tu. 5 november 2015, aku juga yang paling lambat mengemas barang untuk dibawa pulang. dalam pukul 2 pagi barulah semuanya habis. penat! aku tertidur di tepian bagasi sebesar aku. barang semuanya dah masuk beg. lebih kurang 2 beg besar, 3 lagi beg kecil-kecil.

aku masih ingat, hari terakhir itu juga kawan aku bawa makanan ke dalam bilik aku. umpamanya beliau mengata aku pelahap. dulu aku pelahap, tapi sekarang . . . aku pelahap kuasa dua. kawan aku tersenyum.

kisah mencuit hati mula diutarakan sebagai bualan pada malam itu. kawan-kawanku semua dari kursus fesyen. aku keseorangan. adakalanya aku bosan kerana aku tidak memahami sebarang cerita mereka. jadi aku mula merantau mencari pihak-pihak berkaitan, namun hampa. 

sebenarnya, keesokannya kursus fesyen masih lagi ada periksa. aku kursus perniagaan, tamat kelmarin, tapi balik lambat sehari. 

ketika masuk periksa, macam-macam kejadian berlaku. biasalah nama aku mula dari huruf 'S' jadi aku masuk sidang kedua. bosan menunggu lama aku pun mengambil keputusan untuk melayari internet dan lebih kepada muka buku dan pencicit. ketika itu kebosanan ku terubat.

aku mula mengintip? mmuka buku adikku, ya aku sememangnya kerinduan. merindui mereka yang jauh di mata, namun terlampau dekat di hati. kenakalan mereka, wajah-wajah mereka, suara mereka bagaikan satu pesanan indah supaya aku mempercepatkan peperiksaan itu. 

cikgu masuk ke dewan. aku meluru ke arah beliau 
"cikgu, kenapa lama sangat ni. cubalah cikgu buat sidang 2 dulu tadi" rungutku.

"sabarlah, bukan cikgu yang buat jadual tu. kalau cikgu buat tadi memang cikgu suruh semua sekali serentak buat exam" pujuk cikgu.

aku kembali memandang muka buku. cikgu berpesan supaya membaca nota yang diberikannya tempoh hari walaupun itu hanya ujian amali.

"jangan lupa macammana buat weebly akaun. jangan buat masalah dalam makmal nanti. baca arahan betul-betul" ujar cikgu sebelum berlalu. 

teringat juga semasa aku kecil. semasa aku bersekolah tadika. perangai gilaku bagaikan sebati dengan jiwa. jauh sekali berpisah aku dengan mulut becokku kecualilah aku dihantar di tengah-tengah orang yang tidak aku kenali. 

semasa tadika, ayahku tidak menjemput aku balik sekolah. biasanya aku balik dengan mak cikku. makcikku seorang guru di situ. suatu hari, ayah menjemputku. aku gembira melihat ayah menunggu di luar pagar tadika. aku meluru kearahnya, .... rupanya aku tersalah orang. "itu ayah saya" ujar sofia kearahku. aku malu sendiri. 

sekolah rendah, hidupku berubah lagi. pindah di kawasan lebih tenang dan lebih kampung, aku merasa lebih selesa. aku benci hiruk-pikuk Sibu, namun aku cintakan deru ombak pantai Mukah. di sini, ayahku mula menukar rutin hariannya. sebelum bekerja, beliau menghantar kami ke sekolah dahulu barulah ke tempat kerja. ok

tahun 6 aku bodoh gila. pasal pa? aku ingat masa tu UPSR macam ujian man-main. jadi aku main macam biasa dengan syazwan budak duduk sebelah aku sebab nama sama mula dari S. percubaan masih ok, 4A. tiba-tiba UPSR aku dah jemu nak tengok kertas segala, jadi aku buat keputusan, aku nak main.

main punya main, keluar result 2A 3B. haiya, aku mula menyesal. masuk tingkatan satu baru tahu apa maksud sebenar belajar. tapi aku masih macam biasa. tak nak 'struggle' untuk berjaya. masih bermain macam budak tadika. dengan kawan-kawan yang seangkatan dengannya.

PMR, sekali lagi aku mengecewakan pihak sekolah yang berharap aku dapat 8A. Sori, bukan nak mengecewakan, aku yang dah tak larat. so, banyak cikgu mula berfikiran aku seorang budak malas yang cepat jemu belajar dan bla, bla, bla, aku kecewa tambah dengan sedih. jadi habis PMR, aku mengisi borang masuk Kolej Vokasional.

ya sekarang, aku kembali ke Sibu. tanah tumpah darahku. aku lahir di negeri ketiga paling hiruk-pikuk di sarawak.

dan aku masih cuti pad ketika ini. tahun depan masuk tahun ketiga semester 5. tidak sabar untuk melihat perubahan kolej vokasional dan aku mahu membuka mata orang terhadap kolej vokasional, tempat aku menimba ilmu

-salam-

  • Share:

You Might Also Like

0 comments