jurang

By Shanaz Nazira - December 22, 2014

assalamualaikum,

-kisah ini berdasarkan kisah sebenar kehidupan aku. tapi, kisah ini diputar belit sedikit. tolong jangan percaya 100% k-

sehabisnya pengajian aku di sekolah rendah, barulah aku tahu rupanya jurang wujud di mana-mana. jurang yang aku maksudkan ialah persahabatan. tahun 6 merupakan tahun paling hebat bagi aku sebagai murid-murid kerana di mana aku mampu berlagak senior tanpa memikirkan hidup aku di masa akan datang. tapi, aku bukan senior yang suka membuli. aku ialah senior yang baik dan comel . . . . lah sangat. 

berbalik kepada jurang. jurang persahabatan kami semakin lebar selepas aku masuk ke sekolah menengah. semasa aku tingkatan satu. semasa zaman kejahilan aku. aku dan kawan-kawan sekolah rendah aku mula berpecah mengikut haluan masing-masing. yang pandai masuk mrsm, yang biasa, sederhana dan bodoh masuklah sekolah menengah biasa. selepas kami berpecah, kami mula 'lost contact' antara satu. jurang semakin melebar. kami langsung tidak berhubung antara satu sama lain. benarlah kata orang, semakin kita meningkat dewasa, semakin banyak orang tinggalkan kita. sedih.

result pmr aku teruk. jadi, aku kelaskan diri aku sebagai budak sederhana pandai tapi masuk kelas sains tulen iaitu kelas budak bajet pandai sekolah kami. aku sebenarnya dah minta kolej vokasional sebelum masuk tingkatan 4. dalam kelas, aku rasa rendah diri sangat-sangat. dikelilingi budak pandai menyebabkan aku rasa di 'isolated' kan oleh mereka. aku benci menghafal nota fizik dan fakta kimia. aku benci sains dan pecahan-pecahan yang ada di dalamnya. 

doa aku bagaikan dimakbulkan oleh Allah bila permohonan aku ke kolej vokasional diterima. satu malam, seorang cikgu dari kolej vokasional menelefon ke telefon ibuku. beliau bertanya sama ada aku ingin berpindah ataupun tidak. aku kata beri aku masa satu malam untuk berfikir. malam itu, tidur aku terganggu. tidur aku langsung tak lena. aku tertekan. aku tak tahu keputusan yang harus dipilih. namun akhirnya, satu jam sebelum subuh, aku tewas dengan mata.

"kau nak pindah ke sha?"

"vokasional kot. kau pandai, tak kan nak sekolah situ"

"jangan lah pindah, aku nak geng dengan siapa"

dan soalan-soalan ini aku jawab

"aku pindah. ikut decision aku sendiri. tak da orang paksa. aku tahu kemampuan aku. aku tak minat sains dari dulu. aku tak kan lulus sampai bila-bila"

20 januari 2013. aku pindah kolej vokasional sibu dengan satu azam, aku nak dapat diploma dengan result yang super hebat walaupun aku tak ambil spm. tapi, ada satu kekesalan dalam hati bila jurang diantara kami bersahabat lebar lagi. aku terpisah dari mereka. berhubung jarang sekali. mereka sekarang mempunyai kelompok pandai mereka sendiri. aku? tentulah mempunyai kawan aku sendiri. aku tak tahulah sampai bila jurang ni akan berhenti dalam hidup aku. 

jujur, aku takut masuk universiti tanpa kawan-kawan aku. aku takut jurang terjadi lagi. tapi, nama pun kehidupan. Allah dah atur sebaik mungkin takdir hidup kita. entah apa akan terjadi selepas ni, mungkin membuat jurang, atau membuat jambatan untuk menghubungkan semula jurang tersebut. wallahualam 


  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. u're one of the best student now... :).. proud to be ur junior

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, sayang dah keluar asrama, sikda gik alarm clock

      Delete