Bila mak pak kita berbicara. . .

By peachy sana - November 28, 2014

Assalamualaikum,
Ni nak habaq mai, haha. Dah mai dah, dah mai dah. Haha,
Sebenarnya nak cerita pasal mak pak kita pada malam yang gayat ini. Gayat? Apa-apalah.

So,
Persoalannya,
Kenapa mak and pak menjadi topik bualan hangat dalam fikiran adinda pad ketika ini?
(Sebenarnya, otak Shan suka berimaginasi, so otak kanan berbincang dengan otak kiri Shan pasal mak pak Shan yang awesome gilaaaa tu)


Bila kita jadi budak-budak dulu,
Masih ingat tak lagi suatu hari,
Masih ingat?
Ingat tak?

Dimana, mak pak kita telah mengajar kita erti kehidupan sebenar, 
Erti mengapa kita dilahirkan di dunia,
erti mengapa kita berguna untuk mereka,

Sometime,
terfikir pula, 
kecik-kecik dulu, mak pak larang kita buat banyak benda yang tak baek dengan alasan yang kadang-kadang tak masuk dek akal, semata-mata supaya kita bahagia dunia akhirat, even hakikatnya benda tu tak dak lah seteruk mana pun.

-Actually, kita belum pun masuk tajuk utama-
Tak mengapa anak-anak, biar ibu bawa kalian dan bercerita tentang kisah masa kecik-kecik dulu,


Dialog satu :
Situasi : Aku sedang bermain tanah (umur lebih kurang 4-5 tahun, tak mumayyiz lagi, tak tau apa-apa pun masa tu)
Mak : Ya Allah nak, jangan main tanah

Anak : Asal pulak mak ? Sama ja kaler tanah ni kot dengan kulit cek.

Mak : Dalam tanah tu ada ulat.

Anak : Ulat?!

Mak : Hang tak tau? Ulat tu kecik. Halus ja. Kang dia masuk badan karang, ada ulat dekat badan hang, mak tak nak dah tidoq dengan hang.

Anak : Tak main. tak main (cuci tangan dengan muka seriau)

Mak : *sigh

---

Dialog dua
Situasi : Hang makan bersama pak hang

Anak : Cek dah kenyang lah. Tanak makan lagi.

Pak : Uihh, banyak lagi nasik dalam pinggan hang tu

Anak : Eleh, buang la, apa susah?

Pak : Memang la tak susah, masalahnya, hang tak kesian ka tengok nasik-nasik tu menangis mintak kena makan.

Anak : *muka saspen. Uih pak, tak dak pulak dia nangis. Pak nak tipu eh *tengok nasik, tengok muka pak

Pak : Aih, pak tak tipu. Hang pi tanya nasik tu

Anak : -_-

---

Dialog tiga
Situasi : Malam, tengok tv, jam dah lambat

Mak : Uik, kenak kitak sik tidor gik nak? Lambat dah jam ya. Isok sekolah gik, 

Anak : Rilek lok mak, Isok kamek pandei bangun dimpun, sik hal. Sekolah bukannya jauh ni pun. Seberang ajak. *macam tak cun ja untuk budak tadika skrip ni. apa-apalah

Mak : Eceh, kitak ya. Tauk sik mun kita tidur lambat, muka kita cepat tua. Ya sik bagus miak tidor lambat tuk

Anak : Aih, bahaya eh. Sik kiut gik lah muka kamek lak. Oh, patutlah muka mak tua, mak pun sik tidor agik even dah lambat pituk *muka selamba sambil tutup tv.

Mak : -_-

---

Kita kecik-kecik dulu memang banyak kerenahnya. Banyak mengis lah, banyak bercakaplah, merengek, merungut, nakal, degil, tak nak dengar cakap, banyak tanya, tak tau tu, tak tau ni, nak buat semua benda, nak rasa benda baru, nak buat something yang kadang-kadang buat mak pak kita pening, takut, culas, meyesal sebab lahirkan kita, sentiasa peratikan kita, tak nak orang lain dok jaga kita, sibuk tepi kain kita, 

Sebenarnya diorang buat semua tu demi kebaikan diri sendiri, tak nak kita luka, sakit, tenat, 

That's why laa, 
Jangan hang rasa mak pak tu something yang membebankan 

Mak pak kita adalah harta kita,
Harta yang sayangkan kita,

Mak pak kita adalah manusia-manusia yang 'awesome' dan sangat mahal pernah kita ada

Akhir kata,
We Love You MOM and DAD

  • Share:

You Might Also Like

1 comments