buat salah macam biasa

By Nasampian - December 11, 2014

assalamualaikum,
mesti banyak 'kaget' kan (unsur indonesianisme diamsukkan sedikit supaya lebih gramatis) kenapa dari panggilan 'Shan' sangat tiba-tiba bertukar menjadi panggilan kata ganti diri pertama yang dianggap agak kasar di Sarawak dan beberapa tempat di Malaysia menjadi 'aku'. mengapa? mengapa?

mengapa?

mengapa?

dan..

mengapa?

biar aku explain satu persatu ya.

Pertama :
menggunakan nama 'shan' rasa macam bukan aku yang menulis sebab kawan-kawan aku, family aku, cikgu-cikgu, orang terdekat dan sebagainya panggil aku 'nas'. nas maksudnya manusia. manusia pulak maksudnya pelupa. ya, aku mengaku memang aku pelupa mengalahkan nenek kesayangan aku kat kampung tuh. 'eyy, pasal belajar jangan tanya, otak aku muat satu sem ja, masuk sem baru, sem lepas aku flush masuk tandas'

kedua :
keselesaan kita adalah keutamaan kita. sama macam kami belajar masa business tuh. 'pelanggan ialah keutamaan kami' -walaupun agak menyakitkan  hati-. haih, sebenarnya aku dulu fake. nak ikut orang. suruh orang panggil aku 'shan' even i know it will never happen because i already have a nickname iaitu 'nas' . so bulehlah hampa semua panggil cek 'nas' selepas ini ya. panggil manusia pun aku tak kesah kot. 

ketiga :
blog aku kot. aku handle, aku tulis, aku buat, guna blogskin orang -,-

keempat :
dah habis. aku cuma mampu bagi 3 sebab mengapa tukar nama. ok kita belum masuk tajuk utama kan.

mengapa tajuk dia boleh jadi ' buat salah macam biasa' ?

??
?
???

sebagai manusia sejati, kita memang tak lepas dari melakukan sebarang dosa dan kesalahan. eleh, kita ni bukan nabi, manusia yang menjadi role-model insan-insan yang hebat. 

hari ni aku buat salah lagi. macam biasa. macam manusia lain buat. cuma kesalahan yang aku buat tak lah seberat mana.

kesalahan pertama hari ni aku mandi lambat. aku rasa kotor pagi tadi sebab lambat mandi. biasanya aku mandi sebelum pukul 8 pagi. pagi tadi lambat gila mandi kot. (mungkin bagi orang len, pkul 8 awal sangat. cuti kot)

kesalahan kedua aku hari ni pulak aku tak ambik sarapan pagi sampai masa aku tolong mak aku buat kerja aku akhirnya tewas dengan perut yang masuk angin. sakit kot. aku tidur sepanjang petang. 

kesalahan ketiga, aku tak tolong mak aku banyak ssangat hari ni pasal sakit. haiya, susah la kerja sakit ni. kesian tengok mak bat kerja tuh sorang-sorang.

kesalahan keempat aku ialah semasa menulis blog. aku tak betulkan pun jam tuh, even masa ni pukul 9.58 malam, dengan tipu daya yang ada, aku mampu menipu semua orang sebab tak tukar date and time blog aku.

rasanya, tak boleh nak senarai banyak-banyak. nanti orang cakap jahat belakang aku. aku tak da lah sekejam manusia-manusia yang diberikan Tuhan dengan otak asyik nak membunuh dan buat jahat semata-mata. akku masih ada kesedaran diri untuk berbuat kebaikan yang hakiki. eceh

  • Share:

You Might Also Like

0 comments