Review Barang Murah di Alibaba.com bersama Tuwan Putewi (Ngegeh sikit)

By Nasampian - September 17, 2016

Assalamualaikum readers, meow meow (tolong rujuk lagu nama saya bingo di Youtube)

mmm, harini aku nak buat review kat Alibaba.com pulak. aku berminat pulak melayan barang-barang murah beliau. tak tahu siapa alibaba? laa, yang kat ceirta alibaba bujang lapok tu, hahahha. takde la, dia ni adalah orang china yang dah jadi jutawan sebab jual barang-barang murah. uolsss mesti nak jadi jutawan jugak kan? so, pergilah memborong beramai-ramai di alibaba.com ni, berbaloi-baloi tapi pandai-pandailah pilih barang ye cik adik dan cik akak, nanti dapat barang yang low quality, bergolek menangis bucu katil.

So, apa benda yang dah menarik aku nak menjenguk alibaba ni,

1. Make-Up Brush


haa, kepada semua orang yang suka bermekap tak kira lelaki ke perempuan ke setengah-setengah, ini adalah produk yang anda cari-cari. muahahahahaha. takdelah cari sangat. produk ni Made In China, tapi aku tak tahu la kualiti dia macam mana. Company dia bertempat di Guangdong, China. satu set ada 20 brush, emm, memang berbaloi untuk yang baru nak belajar mekap bagai haa, boleh la borong lepas ni ye.

Harga : RM 11.58

2. Fringe Cardigan
tampil yakin dan bergaya dengan Fringe Cardigan yang super stylo dan trendy, hahahaha. bunyi macam orang nak jual barang je kan. ada gaya untuk menjadi seorang business woman yang berjaya suatu hari nanti, InsyaAllah. Stail untuk cardigan ni ialah dia ada fringe (yang berjuntai-juntai tu). Sesuai untuk aktiviti-aktiviti casual macam pergi pantai ke, melancong ke and anything else yang korang boleh fikir sendiri. Material untuk cardigan ni ialah polyester, dan warna available macam dalam gambar yang tertera.

Harga : RM 22.75

3. Iphone Case
dari pakaian kita beralih pulak kat case phone. case phone ni macam menarik aku tengok, pasal apa? sebab dia macam cermin. boleh la tengok-tengok muka, kira-kira jerawat, atur kening dengan hanya menggunakan telefon pintar anda, hehehe.

Harga : RM 1.65

4. Classic Bonded Leather Notebook
PERHATIAN kepada pencinta buku nota yang best-best. best kan buku nota ni? aku antara orang yang paling suka luah perasaan kat buku macam ni. tapi, yang tak best nya aku ni suka buang duit. kalau tengok buku nota lain lagi cantik dari buku nota yang aku dah ada, aku akan berusaha beli, tak kira apa pun, muahahahahhahahahahaha.

Harga : RM 2.07

5. Hot Sale Korea 15mm Color big eyes Contact Lenses
and paling last untuk review hari ni ialah contact lense. aku tak pernah pulak pakai contact lense, sebab aku ada spec aku yang banyak guna, hahahaha. dah la, I malas nak taip menaip lagi. kalau you all, nak tengok barang murah boleh la tekan SINI ye,

baibai .

  • Share:

You Might Also Like

0 comments