Entah laa, akupun tak tau

By Shanaz Nazira - September 15, 2016

Aku tak tau laa nak post apa sebenarnya, aku rasa macam separuh jiwaku ndak aktif lagi dengan blog, hmm, kita tidak serasi lagi, apakan daya. tapi aku masih suka bercakap. emm, ke aku mesti buat vlog pulak lepas ni, akan difikirkan kemudian nanti
Tapi kan, aku mula menjinakkan diri dengan dunia kecantikan dan fesyen kerana aku merasakan bahawa heart and soul aku disitu. *diminta tuan/puan menyampah dengan beliau ini. Tapi masalah terbesarnya aku tak cantik. Eh, kejapppp.
"Sapa cakap kau tak cantik Nas, senang-senang kau menghina ciptaan Allah" monolog sendirian.
Okk, aku tarik balik apa yang aku hina tadi. but, rasa nak buat tutorial mekap ke, beauty hacks ke, mix and match, tapi aku tetap..... entah laa, aku pun tak tau.
Haa, ke aku mesti menjinakkan diri dalam bidang makanan. aku suka makan dan aku tak pandai masak. aku akan belajar. i swear! memandangkan aku dah berjaya menaikkan berat badan aku dari 38 kg ke 46 kg, aku mesti beritahu orang rahsia kejayaan pipi tembam aku yang mengancam ni.
Minat aku yang seterusnya ialah ato shawl belit-belit sampai puas hati. aku suka betul ato shawl sampai puas hati ni. rasa nak terbitkan buku "1001 cara belit shawl sampai ke hari tua pun masih berbelit lagi" amacam? ada gaya tak jadi penulis terkemuka sendirian berhad?
Next, aku suka review barang2 murah. murah bukan sebarang murah, murah biar aku boleh jual balik. muahahahahaha (ketawa jahat Joker), tak de laa. aku suka cuba benda-benda gempak yang murah lagi menarik ni. tu yang muka ni dah alah bisa tegal biasa dengan bahan chemical berbagai bentuk dan rupa. for example, macam mask shiseido, white egg peel off mask, vietnam mask, powder amoi, dan banyak lagi barang-barang murah yang anda bole borong dan guna sepanjang hayat anda. apa yang best, kadang-kadang, benda yang murah ni lagi berkesan dari yang mahal2 aku beli, tak kuashe aku pahai boleh jadi camtuh!
last but not least, aku suka menyanyi, hahahaha. bakat terpendam aku yang ramai orang dah tahu. macam tak terendam lagi dah. al-maklumlah, professional bathroom singer katakan, banyak peminat aku, jin-jin, syaitonirrojim semua tuh, hmm, astaghfirullahal 'azim. aku tobat tak nak menyanyi dalam tandas lagi lepaih ni.
haa, tu lah perisian kita pada pagi ini. smoga bermanfaat dan memberi kesan positif kepada kakak, abang, adik, mak, papa, sugar daddy, mak ayam dan sebagainya.
cau!

  • Share:

You Might Also Like

0 comments