bosan kot?

By Shanaz Nazira - August 21, 2016

Semenjak hari ahad aku ni dah pandai jadi bosan, aku akan mula menulis benda-benda yang merepek dan tak penting langsung. Ahad ni aku tak outing sebab duit pun tinggal cukup-cukup makan. Kalau aku outing, maka akan berpuasalah aku sampailah cuti Hari Raya Korban. Hmm, aku pun terkorban sama dalam tragedi kesempitan gaya hidup pada zaman sekarang.
haritu, mama aku ada tanya, "kakak ada duit lagi tak?". Hmm, berkira doh nak jawab, jadi aku jawablah "adalah mama dalam RM10.00 lagi", kenyataannya aku langsung takde duit, hmm, sadis banget! jd mama aku hulurlaa beberapa ringgit duit poket. aku pun senyum kambing kat mama macam orang baru terima gaji. kalau aku cakap aku takde duit tadi, dah sah aku akan kena dengar ceramah free mama di depan pagar sekolah. aku tak nak dengar semua tu sebab aku dah hafal dah skrip mama.
jadi, aku balik sekolah dengan beberapa ringgit dalam poket, dengan bahagianya aku balik ke bilik dan terus mandi, tidur, dan sebagainya. hmm, hari sekolah keesokan harinya, kami pelajar kolej vokasional sibu tak belajar pung. kami ada minggu inovasi, jd kami buat la apa yang patut masa minggu tu. kebanyakkannya diisi dengan tidur, makan, tidur, makan dan presentation. haih!
minggu depan atau lebih mudah esok dah open day. aku nak buat apa? banyak kerja rumah tak buat lagi, tapi aku tak tahu nak start mana. hmm, bingung dan tekanan jiwa dibuatnya. semenjak aku tak reti lagi nak duduk diam, aku mula terfikir baik aku tekanan, sebab kalau aku tekanan homework aku semua siap, tak macam aku yang tak tekanan. hmm, yelatu
bye!

  • Share:

You Might Also Like

0 comments