Tudung! Tudung! Tudung!

By peachy sana - November 09, 2014

Assalamualaikum,
Lama tak update blog ni. Harini baru ada masa. Haha, almaklumlah budak asrama. Haha.
So today, kenapa tajuknya boleh jadi cenggitu. Bak sini Shan nak cerita ngan semua orang ni. Akhir-akhir ini, banyak style dan fesyen tudung terhasil. Dari shawl, ke turban, ke half-moon, ke bawal, ke apa benda entah, Shan pung dah tak tau lagi, haha.

Satu hari tu, adalah Shan pi tanya kawan Shan yang yang gelar "Si Tudung Labuh" ni. Ceritanya bermula

Shan : Eh, kau tak rasa ke pakai tudung labuh ni panas. Lagipun, pakai tudung labuh ni macam tak stylo la. Tak boring ke pakai plain je ari-ari. Tak ade keceriaan dalam hidup kau ni.

Kawan : Kau tau mana aku tak ceria dalam hidup. Tudung labuh ni bagus Shan. Rasa dilindungi, rasa macam ada orang jaga kita.

Shan : Tak faham la?

Kawan : Tudung labuh antara cara kita hindarkan diri daripada fitnah. Tak percaya? Hmm, contoh, kalau kita pakai tudung singkat, orang boleh anggap kita masih nak menunjukkan bahagian tak sepatutnya walaupun niat di hati nak tutup aurat. Kesian dia. Cuba bandingkan dengan yang memang pakai tudung labuh. Alhamdulillah, orang tak buat kepala Insya-Allah. Orang anggap kita memang nak tutup aurat.

Shan : Oh, macam tu. Maaflah ungkit pasai tudung labuh ni. Aku ni blum ready kot nak pakai tudung labuh ni. Tunggu serulaa.

Kawan : Shan, kau nak seru macamana lagi. Nak tunggu Allah bagi mimpi pakai tudung labuh segala baru nak pakai tudung yang sepatutnya.

Shan : Abis tu, banyak jugak artis yang dah tutup aurat, tapi tudung style-style. Tudung tu tak ikut syariat ke?

Kawan : Aku pung manusia biasa Shan. Susah laa jugak nak cakap apa.

Shan : Yang pakai macam sarang tebuan a.k.a helmet atas kepala tu tutup aurat ke?

Kawan : Mengikut yang sepatutnya, itu tak menutup aurat?

Shan : Pasai apa pulak?

Kawan : Yang kau pergi tutup rmbut je bawah dagu, area tengkuk nampak, baju ketat, nampak body apa bagai, kau rasa kau tutup aurat tak macam tu?

Shan : Bukan aku, tapi.... artis.

Kawan : Oh, ye artis tu lah. Kau nak ikut?

Shan : Better, ikut kau mungkin. Tak lah syubhah sangat kan sebab tutup semua. Tak ada yang terdedah.

Kawan : Bagus. Senang paham :)

So, sekarang Shan nak berubah jadi lebih baik. Tapi, Shan macam tak da penyokong, tak da kekuatan, Shan cepat terikut-ikut. So, kawan2 yang terbaca entry ni ke apa, kalau tengok perubahan Shan ke arah lebih baik, better jangan tegur k. Kalau yang jadi jahat tu, tegur-2 laa, Shan bukan malaikat, Shan buat salah jugak

Ok laa, lenguh tangan menaip ni, terbakar kalori, haha

Babai,
Assalamualaikum :)

  • Share:

You Might Also Like

0 comments