Allah Uji Kita. (Remembering MH370)

By Shanaz Nazira - March 27, 2014

Assalamualaikum,
MH370 di sana sini. Yup, sejujurnya, first time Shan dengar berita ni (9 Mac 2014), Shan memang terkejut lagi dari beruk. Shan lambat sehari dapat berita sebab masa tu Shan masih dalam sekolah. Kan Shan asrama. Subhanallah, Allah uji kita dengan kehilangan Boeing MH370. Allah uji orang Malaysia yang sekarang dapat cacian dari negara luar yang mengata Malaysia tak mampu nak selesaikan masalah. Allah uji kita dengan kesedihan di mana jasad-jasad penumpang MH370 tak dapat ditemui bersama rangka kapal terbang sekali. Ya Allah, kuatkanlah hati kami dalam menempuh ujian sebegini darimu. Tapi, mak Shan cakap, masalah yang membuat seseorang itu dewasa. Allah uji kita sebab Allah tahu bahawa kita mampu selesaikan masalah ni. La tahzan, jangan bersedih, Allah bersama kita. Allah dengar doa kita. Allah tahu rintihan kita.

MH370, dari misteri kehilangan menjadi tragedi. Menjadi kemalangan yang penuh tanda tanya. Allah tak beri sebarang petunjuk pun untuk kita dan Allah sengaja menyuruh umatnya meminta daripada-Nya. Allah rindu kita untuk berdoa kepada-Nya. Allah rindu kita meminta dengan-Nya. Melalui cara ni, kita mula merintih dan memohon daripada Allah. Percayalah Allah sayang hamba-Nya. Dia takkan biarkan hambanya kesedihan. Yang hilang pasti berganti kerana itu janji Allah. Jadi jangan bersedih. Yang lepas biarkan lepas, kita yang masih bernafas teruskan kehidupan.

Shan pernah terfikir "Bagaimana perasan ahli keluarga mangsa tragedi misteri ni?". Ya Allah, Shan menangis bila terkenang semua benda tu. Shan membayangkan bagaimana keadaan mereka di dalam kapal terbang. Hanya pasrah dan redha menghadapi ujian Allah. Bersedia menghadapi kematian yang pasti berlaku. Lagi-lagi bila Perdana Menteri mengatakan bahawa tempat terakhir yang berjaya dikesan ialah di Lautan Hindi. Yahh, lemah semangat mengenangkan ombak ganas yang tinggi, kesejukkan laut, angin deras dan berbagai lagi yang muncul di dalam kepala.

Namun kematian itu pasti. Semua yang bernyawa akan merasainya. Don't scare of death, but scare to Allah..


Sincere from her heart,
MH370, remebering you :3

  • Share:

You Might Also Like

2 comments