Lets try "Masker Madu Kelulut"

By Nasampian - December 20, 2017

fuhh,

sepanjang minggu nak cantik mulus ni, aku mula buat research banyak untuk bahan yang lebih organik. ye lah, aku ni jenis manusia fobia sila meninggal dengan barang-barang kecantikan yang ada di pasaran. macam k-doll, qu puteh, apa entah lagi, kebanyakkan produk tempatan. bukan tak support local, tapi tiap kali aku nak cuba, tiap kali tu lah keluar semua statement mercury lah, dah tak pakai breakout teruk lah, dan aku pun jadi sangat berhati-hati level tertinggi. mama aku pun selalu pesan, jangan pakai produk sembarangan, muka ni anugerah, jangan rosakkan. -.-

jadi, malam ni dengan beraninya aku nak cuba masker madu kelulut. madu kelulut ni sebenarnya berasal dari lebah keluli kelulut. Lebah kelulut ni kecik je,macam lalat, lepastu beliau tak sting. comel je saiz dia. papa siap buat rumah beliau belakang rumah, that's why laa senang nak dapat madu ni. kalau beli kat luar mahal, baik pelihara, kan? her her her.

macam lalat kan? cuba dia tak zingggg zinggg je la

so, bahan-bahan untuk masker kelulut ni ialah :

1. 2 sudu madu kelulut (yang original tau gais)
2. 1 sudu serbuk kunyit (mana-mana jenama, janji serbuk kunyit)


lepastu campak-campak je bahan-bahan tu dalam bowl. dahtu, tempek-tempek kat muka, nak tempek tebal pun okay.

biarkan selama 15 minit atau sampai kering ye kawan-kawan.

dah kering, bilas pakai air suam. sebaiknya guna kain. tapi aku sekarang ni belum ada kain, jadi aku sapu-sapu muka pakai tangan je.

dah siap. boleh tidur dengan aman.

"eh, nanti tak bersemut ke muka?"

hihi, setakat ni, melalui review yang aku baca, masih selamat lagi. tak ada lah semut nak datang tinggal kat situ. senang kata, safe and sound gais.

so, let's try.

p/s : aku akan buat review mask ni lepas 3 kali pakai ye. tunggu result geng.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments