everyday skincare routine // hari breakout sedunia???

By Nasampian - December 19, 2017

assalamualaikum,
dengan sukacitanya aku nak bagitau yang muka aku kembali kepada asal permulaan jerawat fasa budak2 baru nak up dulu. hmm, keciwa nau gais.

sebenarnya, aku pun tak tau kenapa dan apa salah aku sampai muka aku tiba-tiba breakout dengan gemilangnya. entah, mungkin salah makan, atau salah minum, atau salah pakai, atau salah tidur, terkurang terlebih apa2, aku belum habis kaji lagi. tapi, aku memang tak mahu nak mengkaji sebab yang penting sekarang ialah cara nak kembalikan semula muka aku yang okay dulu kala, walupun tak lah se'flawless' artis kpop, its okay, at least aku yakin nak keluar tanpa oles bedak, sekarang, oles bedak pun capuk2 gais. mana nak cover capuk2 tu gais?

aisehmen, aku pun ada lah cuba beberapa barang untuk muka ni, aku rasa muka aku start breakout lepas aku berhenti pakai scrub "st ives blemish control". okay, cakap serius aku memang suka ngat-2 dengan scrub ni sebab lepas sapu kat muka, rasa bersih macam baru tukar kulit. lewlzz, over nau perumpaan, tapi memang best produk ni. aku berehenti bukan apa kawan2, aku berhenti sebab aku belum ada cukup bajet lagi. haah, memang harga dia rm 25 je kat watson, tapi tu lah, tiap kali ke watson asyik lupa nak beli. kalau tak lupa, mesti terbeli benda lain, frust nau.

ini adalah iklan ubat, her her her. ni laa scrub aku dok cerita tadi.

sepatutnya aku cerita dulu apa aku guna untuk cuci mekap tadi. okay, untuk cuci mekap aku guna "garnier micellar cleansing water". aku pun baru je cuba benda ni. ye lah, sebelum ni aku cuci mekap guna minyak baby je. tapi, selepas aku menyedari muka aku berminyak dengan dahsyatnya, maka aku pun ambil insiatif untuk guna pencuci mekap yang proper. aku banyak buat research (buat research barang cemni rajin pulak aku, buat research untuk kerja kursus biasanya asyik malas,magis bukan?). aku baru je beli garnier tu hari tu, for now, everything okay je. tapi muka ada rasa lekit-lekit, dan aku kurang selesa jugaklah dengan keadaan melekit gitu. ye lah, kita ni manusia, bukan siput gais, bukan siput. 

walaaa, ni lah yang sis pakai sekarang

yeaa, akhirnya kita ke pencuci muka pulak. sekarang ni aku guna "himalaya purifying neem face wash". bau dia memang wangi gais. aku suka laa sebab dia kurang buih dan buat muka kita kurang minyak. beliau ni fight minyak gais, untuk elak tumbuh acne. tapi tu lah, guna pun macam kulit nak fight balik dengan face wash ni, jerawat tumbuh dengan muka tak malunya. stress arr. tapi, its okay, healing takes time kan, so tunggu dengan sabar ye shanaz. aku yakin dengan face wash ni sebab aku pengguna tegar sejak dari awal tahun 2017 ni, dan memang beri effect boekkk punya dengan kulit aku. tapi sekarang ni, entahlah. maybe sebab aku tidur lambat tiap malam punca masalah jerawat ni berleluasa dalam kalangan anak muda.

tadaa, bau dia harum semerbak tuh, paraben free gais. selamat untuk kulit muka, insyaAllah boleh!

seterunya kita ke moisturizer. ehem ehem, untuk pelembab aku pakai dua jenis. satu jenis macam krim minyak rambut lelaki, satu lagi memang macam pelembab biasa. tapi yang jadi favorite I sekarang ni ialah nivea creme. effect lembab dia bagi tu mampu melembabkan orang sekeliling aku sekali. dengan aku sekali lembab. hihi, sorry sis gurau kasar, lel. tapi, memang best la apply dekat skin, rasa lembut je. seronok laa, bangun pagi muka selembut bayu. tapi tak sesuai sangat dipakai waktu siang. sebab texture nivea creme memang heavy, jadi lebih sesuai untuk guna tido je lah. one more, aku guna nivea creme ni untuk jadi lip balm. rasa dia tak de lah aneh macam alien, cuma maybe ada waxy sikit, but its okay, memang texture lip balm pun kan kawan2?


murah je, tak sampai rm 8 sejibik ni

okay, satu lagi pelembab favorite aku ialah "himalaya herbals nourishing skin cream". okay, pelembab ni bau dia wangi and texture dia ringan. jadi kalau apply dekat muka, dia cepat kering. tapi dalam kekeringan dan kegersangan itu, pelembab ni sangat bagus untuk melembab kulit di siang hari. dia siap bagi effect glow lah. memang best dan sangat2 berbaloi untuk dapatkan. tapi, yang bekas kecik dia dapat tahan dalam sebulan, and yang besar tak pernah beli lagi, tengoklah macam mana, hihihi.

ni lah benda tuh, nyaman di kulit

setakat ni aku belum pakai toner lagi, sebab masih nak heal kulit di wajah. tapi,aku tukar penggunaan toner dengan serum. yeaa, serum, benda dok ada tiub nak oles kat muka tu. untuk srum, aku banyak jumpa serum untuk dark spot, parut, dan sebagainya, tapi aku tak jumpa lagi serum untuk jerawat. sampailah suatu hari, aku terjumpa ... jeng.... jeng...... jeng..... "wardah c-defense serum". yeay, tapi aku baru guna harini, kadi susah sikit nak bagi kata putus baik ke tidak ini barang. takpe-takpe ada hari aku update khas didedikasikan kepada wardah, wait k? 

entahlah, tak tau nak cakap apa, belum bagi apa2 effect lagi, nanti story lagi ye.

fuhh, tamat sudah perjalanan everyday skincare routine. ada masa, sis nak upload weekly skincare routine pulak. tunggu ye, tunggu k? 

babai semua, selamat berbuang duit untuk benda cenggini haa. 

  • Share:

You Might Also Like

0 comments