jenis jenis pelanggan yang aku jumpa

By Shanaz Nazira - May 24, 2017

assalamualaikum,

hari ni aku nak bercerita serba sedikit tentang pelanggan yang aku hadap untuk beberapa tahun ni sepanjang mama bukak gerai kuih depan rumah. betulla, manusia ni ada macam-macam ragam.

1. pelanggan confident
kategori pelanggan konfiden ni biasanya datang gerai dengan muka penuh azam dan semangat, dan anggap semua kuih sama harga. al-maklumlah gerai kuih malaysia, 3 seringgit ialah pasti. lepastu diorang cakap,

"kaswi seringgit"

"donat seringgit"

"pisang seringgit"

"apam balik seringgit"

lepastu bayar dan blah. tiba-tiba boleh muncul balik pi tanya

"apam balik kurang satu lah dik"

aku pun jawab

"apam balik 50 sen satu bang"

maka beliau pun pulang dengan sengihan kambing jantan menahan malu beliau yang amat itu.

2. pelanggan berdikari
secara personal, kategori pelanggan jenis ini yang aku paling gemar. mereka akan datang sendiri ke kedai dan ambil plastik, ambil penyepit kuih, ambil kuih, bayar dan blah. sangat senang berurusan dengan diorang ni sebab tak memerlukan tenaga yang huhahuha sangat, sebab dorang sangat berdikari.

3. pelanggan banyak tanya
biasalah manusia dilahirkan memang untuk ingin tahu. pelanggan jenis ingin tahu yang teramat sangat ini lah menyebabkan gerai menjadi "chaos" dan huru-hara. antara soalan yang paling famous diorang tanya ialah

"dik, kuih bom ni inti apa?"

"angku ni inti apa?"

"kak, yang ni 3 seringgit ke macam mana?"

"kak, kat tempat saya panggil kaswi, kat sini panggil apa ek?"

4. pelanggan yang cerewet
biasanya pelanggan yang cerewet ni datang dari golongan mak-mak yang sangat suka bandingkan harga gula dari kedai lain ke kedai lain. dorang punya aura kalau datang ke gerai tu uih lain macam. macam ada aura kecerewetan yang amat. contohnya seperti yang dilampirkan di bawah

"dik, nak pisang goreng. nak yang hangus sikit-sikit kat hujung"

"dik, nak cucur payak. biar rangup sikit, haa panas-panas ye, sos jangan lupa. kalau boleh dik bagi dua terus sos tu, satu macam tak cukup"

"dik, nak cendol, tapi akak tak nak yang ada gula, akak nak cendol diet"


5. pelanggan singgah tanya khabar
pelanggan begini biasanya membeli dalam kuantiti yang sedikit. al-maklumlah sekadar hendak bertanya khabar. biasanya pelanggan ni datang dari kejiranan terdekat. depan rumah ke, belakang ke, kiri ke, kanan ke, yang penting dari kejiranan yang sama dekat gerai kami tu. emm

6. pelanggan setia
seperti sudah namanya, pelanggan seperti ini akan datang hampir setiap hari, beli kuih yang sama, kuantiti yang sama, muka pun sama. biasanya, pelanggan macam ni sama level dengan pelanggan berdikari, cuma dorang lebih senang dibawa bercakap. ye lah, pelanggan berdikari kurang sikit nak mengeluarkan suara ni.

7. pelanggan yang banyak cakap
pelanggan yang banyak cakap ni ada mencabarsikit melayannya. masa orang ramai gila nak beli kuih, masa tu jugak dia nak bawak kita sembang kencang. akhirnya, beliau pun berkencangan seorang diri sebab ai sibuk nak melayan orang lain, hahahaha

8. pelanggan budak
pelanggan budak ni antara pelanggan yang membei dalam kuantiti yang amat sedikit. yelah, nama pun budak-budak. beli pun ciput je.

dah, tamat sudah kategori pelanggan yang aku pernah jumpa.

bye

p/s : entah-entah, banyak-banyak pelanggan gerai mama, ada satu sangkut jadi jodoh, huahuahua *berangan-angan*

  • Share:

You Might Also Like

0 comments