Aku nak berubah

By Shanaz Nazira - January 20, 2017

Assalamualaikum,

Berubah dengan drastik memang susah. Dari tudung singkat nampak dada, tutup litup sampai tutup perut.

Dari nampak anak rambut, tutup sampai tiada nampak langsung bayang rambut.

Dari nampak lengan, tutup sampai payah orang nak tengok warna kulit.

Dari nampak jari kaki, tutup sampai nampak stokin sahaja.

Dari nampak bentuk badan, sampai orang anggap badan naik berat sebab pakai baju besar.

Aku cuba penghijrahan dulu dengan guna stokin semata-mata. Tanpa memikirkan apa kegunaan sebenar Allah suruh tutup kaki, Anak rambut masih nampak, bayang rambut jelas dan dapat dibayangkan, Tudung singkat menampakkan dada. Seluar fit, nampak menggiurkan kaki di mata ajnabi. Tanpa fikir kesan, buat tindakan melulu, memperbodohkan diri sendiri.

Satu hari, Allah beri aku peluang. Mulanya, aku tak nak ambil peluang itu, aku tolak sungguh-sungguh tak nak berubah.

Hari kedua, aku cuba terima, alhamdulillah, tudung labuh tutup dada, stokin tetap di kaki. Masih belum cukup, fikirku.

Masih banyak perlu ubah, seluar perlu lebih longgar, jangan pakai seluar fit. Aku fikir nak letak di kampung seluar tu, biar aku tak fikir langsung nak pakai. Kalau nak pakai pun dalam rumah, bukan ada masalah, semua muhrim, tak berdosa. Lainlah kalau sepupu lelaki ada di kampung.

Tudung aku kebanyakkan bidang 45". Masih cukup labuh sebab badan aku kecil. Tapi belum cukup untuk Allah, fikirku. Perlukah aku membeli tudung baru, ahh membazir sahaja. Aku mesti panjangkan tudung bidang 45" tu. Aku nekad.

Anak tudung satu lagi masalah. Aku pakai anak tudung setengah. Nampak rambut diikat. Hmm, aku perlu pakai anak tudung ninja tutup bawah dagu sekali. Hehe, bunyi anak tudung ninja memang lawak, tapi kenyataannya memang itu namanya.

Wajah. Aku orang pakai mekap. Kalau buang kan membazir. Banyak barang mekap. Tak mengapa, simpan sahaja mungkin ada kegunaan suatu hari nanti. Cukup pakai foundation, tutup cela, tutup hitam bawah mata, omelku. Ahh, tapi masalahnya bila nak ambil wuduk untuk solat. Keputusan aku guna bedak compact sahajalah.

Hmm, aku kuat nak berubah jadi baik. Aku wajib berubah. Allah dah beri peluang kedua, aku tak boleh sia-siakan. Aku mesti kuat semangat. Tidak lagi menoleh ke belakang. Masa lampau, terlalu banyak yang pahit, Terlalu banyak kejahilan, terlalu banyak keburukan.

Hari mendatang, aku janji, aku akan jadi lebih baik. Untuk menjadi hamba Allah yang baik, pengikut Nabi Muhammad yang baik, anak mama dan papa yang baik, kakak yang baik untuk semua adik-adik dan baik untuk semua orang.

Aku nak berubah !

  • Share:

You Might Also Like

0 comments