Awak, maaf! Saya Islam.

By Shanaz Nazira - February 01, 2014

Assalamualaikum,



Ok, kadang-kadang Shan pun dah naik muak tengok perangai orang-orangan pada zaman sekarang kan. Yang tak bertudung tapi baju cukup kain maybe Shan masih boleh maafkan, tapi masalahnya yang bertudung, pakai baju ketat lepas tu bertepuk tampar dengan lelaki. Nanti kalau Shan tegur ada yang terasa pulak, ada yang cakap Shan ni sibuk nak jaga tepi kain orang.

Ya Allah, jahilnya manusia pada zaman ni.

Eyy, kenapa Shan tiba-tiba je na meradang di pagi hari ni. Ok, cerita sebenar.
:: Tadi masa Shan meronda-ronda facebook orang (maksudnya stalking FB orang), tanpa bersegan silu wanita Islam berpeluk dengan pasangan. Nasib masa berpeluk tak pakai tudung. Nama dia Shan rahsiakan sebab Shan tak nak aibkan dia. Shan just nak ambilkan dia supaya dia boleh jadi sempadan kita.

Kami kan kawan baik?
Yup, memang korang kawan baik. Tapi jangan lah sampai melampaui batasan. Tak takut hukum Allah ke? Hemm, jujur Shan cakap Shan pun banyak kawan lelaki, tapi yang paling penting kalau berkawan dengan spesies berlainan ni ialah JAGA BATAS! Kenapa? Awak, jaga batas maksud saya sebab Islam amat menyayangi kaum wanita. Kalau berlaku sumbang mahram macam mana? Perempuan yang akan susah tau. Kalau mak bapak tak pesan lagi sadis, dengan mak bapak sekali berdosa. Tak sayang mak bapak ke?

Bukan Shan nak marah, tapi Shan dah puas menegur tapi orang tak dengar. Bukan bermakna Shan ni Miss Perfect, tapi In Shaa Allah, melalui cara ni Shan boleh tambah pahala sedekah dan amal jariah Shan dengan orang lain.

Oklah, akhir kata
Assalamualaikum,

  • Share:

You Might Also Like

5 comments

  1. betul2..dalam islam tu sendri ada batas2 yang perlu kita jaga :)

    ReplyDelete
  2. hehe, yup. Jadi mesti istiqamah dalam Islam :)

    ReplyDelete
  3. ee memang ramai member dengan laki. tapi sapa berani usik. wa karate. hahaha.

    ReplyDelete