"Kita putus untuk masa ni. Saya rasa tak dapat nak teruskan hubungan ni"
Satu malam aku terima mesej seperti ini. Wahh,mudahnya buang. Kalau dah buang jangan cari aku lagi. Aku dah penat. Tak guna kalau terus bersama, kalau hati dah tawar.
Lepaskan.
Aku menangis malam itu, seperti esok tiada harapan lagi. Penat. Kecewa. Sedih. Pasrah. Sakit. Jadi satu rasa yang bercampur-baur. Aduh. Mengapa mesti aku.
Minggu 1
Masih menangis sebab masih terfikir-fikir. Ada juga chat dia minta kembali. Tapi hampa. Sedih lagi. Kecewa lagi.
Minggu 2
Menangis lagi. Namun kurang sedikit air mata. Nanti mama dan papa nampak, Risau tengok anak dara mereka menangis macam ni. Cuba husnu dzon.
Minggu 3
Cari Allah. Benar kata orang,senang memang tidak mahu cari Tuhan. Sudah sakit macam ni, bvaru nak cari Allah. Allah aku sakit lah. Allah aku kecewa lah. Allah aku pedih lah. Tapi, Allah maha mendengar. Diberi ketenangan,namun kadang-kadang jika teringat dia,menangis lagi.
Minggu 4
Cari ketenangan dan Allah. mula solat penuh. 5 waktu setiap hari.baca al-Quran habis maghrib. Ya Allah, ketenangan masih samar-samar. Tak nampak sangat, tapi mula munculkan diri sedikit demi sedikit.
Minggu 5
Mula tenang dan jangan lupa Allah. Rasa bebas dari belenggu chat, phone call yang tak berfaedah dan banyak lagi. Wahh, seronoknya single rupanya.Boleh buat macam-macam tanpa perlu terikat dengan teman lelaki yang haram.
ps : kari mama hari ni sedap
Bipolar Disorder | Depression
By Nasampian - February 22, 2017
Assalamualaikum, nak cerita something pulak hari ni.Ya Allah, tadi buat "Bipolar Test" online, dan aku antara penghidap Bipolar Disorder ni. Yassss, my office mate suruh buat test online sebab tengok aku macam pelik semenjak dua menjak ni. jadi, aku buat depression test dan bipolar test.
Keputusan untuk bipolar aku, buat aku terkejut gila beruk kau. Haa, aku ada snip kat page test online tu tadi. Tak sangka bipolar yang aku hadapi ni berada di tahap "high".
Ni adalah keputusan aku punya bipolar test tadi. Haa, terkejut jugaklah. hmm, nak explain sikit-sikit pasal bipolar disorder ni.
Bipolar disorder ialah masalah otak/pemikiran yang akan mempengaruhi mood, tenaga seseorang tu. Alahai, ape pulak aku jadi doktor psychology tiba-tiba ni. But, seriously, masih terkejut sangat dengan keputusan bipolar aku.
Ok, next ialah "Depression Test" pulak. Waduhai, depression test aku tahap "mild". Masih ok kot, ke kena rujuk doktor terus sebelum jadi makin teruk???? Tapi dia rekemen aku jumpa pakar sakit jiwa, tamauuuu haa.
hmm, aku rasa pun makin meningkat umur ni, banyak sangat benda aku fikir. Alahaii, Ya Allah,jangan bagi aku gila dulu,aku nak settle semua benda, banyak lagi benda nak buat.
p/s : any suggestion untuk sembuhkan bipolar disorder?? helpme!!!
Keputusan untuk bipolar aku, buat aku terkejut gila beruk kau. Haa, aku ada snip kat page test online tu tadi. Tak sangka bipolar yang aku hadapi ni berada di tahap "high".
Ni adalah keputusan aku punya bipolar test tadi. Haa, terkejut jugaklah. hmm, nak explain sikit-sikit pasal bipolar disorder ni.
"a mental disorder marked by alternating periods of elation and depression"
sumber : encik google
Ok, next ialah "Depression Test" pulak. Waduhai, depression test aku tahap "mild". Masih ok kot, ke kena rujuk doktor terus sebelum jadi makin teruk???? Tapi dia rekemen aku jumpa pakar sakit jiwa, tamauuuu haa.
hmm, aku rasa pun makin meningkat umur ni, banyak sangat benda aku fikir. Alahaii, Ya Allah,jangan bagi aku gila dulu,aku nak settle semua benda, banyak lagi benda nak buat.
p/s : any suggestion untuk sembuhkan bipolar disorder?? helpme!!!
Ya Allah,
cemburunya aku dengan orang yang Kau dekatkan hatinya pada-Mu terdahulu
sebelumku. Malunya jika aku belum menyedari apa yang penting untuk kehidupan
ini.
Ya Allah,
cemburunya aku pada makhluk-makluk ciptaan-Mu yang sentiasa memuji dan
mengagungkan -Mu, namun aku yang punya akal, tidak sedekit pun terdetak untuk
berterima kasih.
Ya Allah,
cemburunya aku pada orang-orang yang berjihad ke jalan-Mu dan demi agama-Mu,
sedangkan aku berusaha mempertahankan cinta duniawi yang belum pasti.
Ya Allah,
cemburunya aku pada seluruh alam ini, sedangkan seluruh alam memuja dan
memuji-Mu tiap waktu, tapi aku yang kerdil, yang meminjam pemberian-Mu langsung
tidak memikirkan diri-Mu.
Ya Allah,
Sungguh aku
cemburu .
Assalamualaikum,
Tenangnya hati selepas memberi kepercayaan sepenuhnya dengan Allah. Allah takkan biarkan hamba-Nya terkapai-kpai tanpa cinta daripada-Nya. Cuma manusia yang sering terleka, tanpa memkirkan Allah cinta abadi, hmm. Aku banyak buat dosa, aku nak jadi baik, supaya aku jadi baik.
Suatu malam kawan chat
" Kau ok ke? Aku tengok kau pelik semacam?"
" Aku ok cuma aku rasa aku semakin jauh dari Allah, aku nak jadi baik, aku nak jadi muslimah yang taat, biarlah apa orang nak cakap janji aku bahagia. Bahagia dengan Allah "
Hmm, memang susah. Mungkin ada orang anggap kita ipokrit, sedangkan kita benar-benar mahu berubah. Sebab tu, kadang-kadang susah nak istiqamah. Nafsu lagi, syaitan lagi. Hmm, lumrah lah tu kan?
Hehe, doakan saya jadi baik,
Assalamualaikum
Assalamualaikum,
Kadang2, kalau nak dikenangkan balik, dari mana aku dapat kekuatan untuk ubah penampilan aku.
Jujur aku katakan di sini, aku mula bertudung ketika masuk tingkatan 3, tapi di rumah, masih lagi membuka aurat jika melawat rumah jiran, atau angkat baju di jemuran, atau jalan sekitar mukah sahaja. Ya Allah, jahilnya aku.
Umur aku sekarang 20 tahun. Aku merasakan sia-sianya 20 tahun ini kerana tidak menghargai nikmat Allah yang sebenarnya. Aku leka, dengan duniawi. Aku leka dengan cinta duniawi, sehingga aku telupa Allah ialah cinta sebenarnya. Aku asyik dengan sunia sehingga merasakan Allah itu tidak penting, hanya dicari jika susah.Seperti Allah itu hanya tempat sandaran kitika susah. Ya Allah jahilnya aku.
Khusyuk menikmati cinta dunia, hingga tidak dapat menghindar maksiat. Terus buat tanpa rasa bersalah. Bersosial sana sini seperti dunia tak akan hancur dan musnah. Allah tetap berik aku bernafas. Sayangnya Allah denganku, tapi aku?
Sehingga satu hari, tergerak hatiku bila akhirnya dunia mula meninggalkan aku. Aduh sekitnya di hati ini, cuma Allah yang tahu. Tetap juga Allah sahaja yang memahami hamba-Nya. Tiada orang lain memahami, termasuk mama dan papa.
Dunia meninggalkan aku sedikit demi sedikit, aku mula redha. Mulanya memang payah, hampir tiap malam menangis, namun Allah mula memberi semula kehidupan. Allah beri semula perhatian mama dan papa kepadaku, Allah beri semula sahabat-sahabatku, Allah beri semula kehidupan yang sepatutnya aku nikmati, namun aku buat tak endah, kerana dunia.
Benarlah, kejar akhirat, maka dunia akan mengikuti. Tidak perlu ikut dunia kerana akhirat akan semakin menjauh diri. Dunia aku sekarang ialah dunia yang aku inginkan, dunia yang penuh kasih-sayang tulus dan suci daripada orang-orang yang benar-benar menyayangi diri ini. Bukan seperti dahulu, dunia yang penuh dusta dan maksiat. Dunia untuk bersuka-ria tanpa memikirkan kesan yang buruk bakal berlaku.
Akhirnya aku redha.
Terima kasih Allah memberi aku balik kekuatan yang hampir hilang direnggut dunia.

Berubah dengan drastik memang susah. Dari tudung singkat nampak dada, tutup litup sampai tutup perut.
Dari nampak anak rambut, tutup sampai tiada nampak langsung bayang rambut.
Dari nampak lengan, tutup sampai payah orang nak tengok warna kulit.
Dari nampak jari kaki, tutup sampai nampak stokin sahaja.
Dari nampak bentuk badan, sampai orang anggap badan naik berat sebab pakai baju besar.
Aku cuba penghijrahan dulu dengan guna stokin semata-mata. Tanpa memikirkan apa kegunaan sebenar Allah suruh tutup kaki, Anak rambut masih nampak, bayang rambut jelas dan dapat dibayangkan, Tudung singkat menampakkan dada. Seluar fit, nampak menggiurkan kaki di mata ajnabi. Tanpa fikir kesan, buat tindakan melulu, memperbodohkan diri sendiri.
Satu hari, Allah beri aku peluang. Mulanya, aku tak nak ambil peluang itu, aku tolak sungguh-sungguh tak nak berubah.
Hari kedua, aku cuba terima, alhamdulillah, tudung labuh tutup dada, stokin tetap di kaki. Masih belum cukup, fikirku.
Masih banyak perlu ubah, seluar perlu lebih longgar, jangan pakai seluar fit. Aku fikir nak letak di kampung seluar tu, biar aku tak fikir langsung nak pakai. Kalau nak pakai pun dalam rumah, bukan ada masalah, semua muhrim, tak berdosa. Lainlah kalau sepupu lelaki ada di kampung.
Tudung aku kebanyakkan bidang 45". Masih cukup labuh sebab badan aku kecil. Tapi belum cukup untuk Allah, fikirku. Perlukah aku membeli tudung baru, ahh membazir sahaja. Aku mesti panjangkan tudung bidang 45" tu. Aku nekad.
Anak tudung satu lagi masalah. Aku pakai anak tudung setengah. Nampak rambut diikat. Hmm, aku perlu pakai anak tudung ninja tutup bawah dagu sekali. Hehe, bunyi anak tudung ninja memang lawak, tapi kenyataannya memang itu namanya.
Wajah. Aku orang pakai mekap. Kalau buang kan membazir. Banyak barang mekap. Tak mengapa, simpan sahaja mungkin ada kegunaan suatu hari nanti. Cukup pakai foundation, tutup cela, tutup hitam bawah mata, omelku. Ahh, tapi masalahnya bila nak ambil wuduk untuk solat. Keputusan aku guna bedak compact sahajalah.
Hmm, aku kuat nak berubah jadi baik. Aku wajib berubah. Allah dah beri peluang kedua, aku tak boleh sia-siakan. Aku mesti kuat semangat. Tidak lagi menoleh ke belakang. Masa lampau, terlalu banyak yang pahit, Terlalu banyak kejahilan, terlalu banyak keburukan.
Hari mendatang, aku janji, aku akan jadi lebih baik. Untuk menjadi hamba Allah yang baik, pengikut Nabi Muhammad yang baik, anak mama dan papa yang baik, kakak yang baik untuk semua adik-adik dan baik untuk semua orang.
Aku nak berubah !