Kekuatan

By Nasampian - January 21, 2017

Assalamualaikum,


Kadang2, kalau nak dikenangkan balik, dari mana aku dapat kekuatan untuk ubah penampilan aku.

Jujur aku katakan di sini, aku mula bertudung ketika masuk tingkatan 3, tapi di rumah, masih lagi membuka aurat jika melawat rumah jiran, atau angkat baju di jemuran, atau jalan sekitar mukah sahaja. Ya Allah, jahilnya aku.

Umur aku sekarang 20 tahun. Aku merasakan sia-sianya 20 tahun ini kerana tidak menghargai nikmat Allah yang sebenarnya. Aku leka, dengan duniawi. Aku leka dengan cinta duniawi, sehingga aku telupa Allah ialah cinta sebenarnya. Aku asyik dengan sunia sehingga merasakan Allah itu tidak penting, hanya dicari jika susah.Seperti Allah itu hanya tempat sandaran kitika susah. Ya Allah jahilnya aku.

Khusyuk menikmati cinta dunia, hingga tidak dapat menghindar maksiat. Terus buat tanpa rasa bersalah. Bersosial sana sini seperti dunia tak akan hancur dan musnah. Allah tetap berik aku bernafas. Sayangnya Allah denganku, tapi aku?

Sehingga satu hari, tergerak hatiku bila akhirnya dunia mula meninggalkan aku. Aduh sekitnya di hati ini, cuma Allah yang tahu. Tetap juga Allah sahaja yang memahami hamba-Nya. Tiada orang lain memahami, termasuk mama dan papa.

Dunia meninggalkan aku sedikit demi sedikit, aku mula redha. Mulanya memang payah, hampir tiap malam menangis, namun Allah mula memberi semula kehidupan. Allah beri semula perhatian mama dan papa kepadaku, Allah beri semula sahabat-sahabatku, Allah beri semula kehidupan yang sepatutnya aku nikmati, namun aku buat tak endah, kerana dunia.

Benarlah, kejar akhirat, maka dunia akan mengikuti. Tidak perlu ikut dunia kerana akhirat akan semakin menjauh diri. Dunia aku sekarang ialah dunia yang aku inginkan, dunia yang penuh kasih-sayang tulus dan suci daripada orang-orang yang benar-benar menyayangi diri ini. Bukan seperti dahulu, dunia yang penuh dusta dan maksiat. Dunia untuk bersuka-ria tanpa memikirkan kesan yang  buruk bakal berlaku.

Akhirnya aku redha.

Terima kasih Allah memberi aku balik kekuatan yang hampir hilang direnggut dunia.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments