Tukar haluan

By Nasampian - March 10, 2017


"Kita putus untuk masa ni. Saya rasa tak dapat nak teruskan hubungan ni"

Satu malam aku terima mesej seperti ini. Wahh,mudahnya buang. Kalau dah buang jangan cari aku lagi. Aku dah penat. Tak guna kalau terus bersama, kalau hati dah tawar.

Lepaskan. 

Aku menangis malam itu, seperti esok tiada harapan lagi. Penat. Kecewa. Sedih. Pasrah. Sakit. Jadi satu rasa yang bercampur-baur. Aduh. Mengapa mesti aku.

Minggu 1
Masih menangis sebab masih terfikir-fikir. Ada juga chat dia minta kembali. Tapi hampa. Sedih lagi. Kecewa lagi.

Minggu 2
Menangis lagi. Namun kurang sedikit air mata. Nanti mama dan papa nampak, Risau tengok anak dara mereka menangis macam ni. Cuba husnu dzon.

Minggu 3
Cari Allah. Benar kata orang,senang memang tidak mahu cari Tuhan. Sudah sakit macam ni, bvaru nak cari Allah. Allah aku sakit lah. Allah aku kecewa lah. Allah aku pedih lah. Tapi, Allah maha mendengar. Diberi ketenangan,namun kadang-kadang jika teringat dia,menangis lagi. 

Minggu 4
Cari ketenangan dan Allah. mula solat penuh. 5 waktu setiap hari.baca al-Quran habis maghrib. Ya Allah, ketenangan masih samar-samar. Tak nampak sangat, tapi mula munculkan diri sedikit demi sedikit.

Minggu 5
Mula tenang dan jangan lupa Allah. Rasa bebas dari belenggu chat, phone call yang tak berfaedah dan banyak lagi. Wahh, seronoknya single rupanya.Boleh buat macam-macam tanpa perlu terikat dengan teman lelaki yang haram.

ps : kari mama hari ni sedap

  • Share:

You Might Also Like

0 comments