pengakhiran hidup sebagai pelatih berkaliber

By peachy sana - April 08, 2017

maaf, sebab tajuk over confident, tapi memang macam berkaliber lah jugak aku rasa kerja aku sepanjang jadi pelatih berkaliber selama 4 bulan tu. Ya Allah, pejam celik, pejam celik, naik turun lif, keluar masuk rumah, dah habis jugak zaman aku jadi pelatih. i'm gonna miss this moment so much in my life, uhuk uhuk uhuk *menangis kunun.

orait, first of all, aku memang nak habaq kat semua aku memang introvert nak mati kat ofis. maybe sebab perbezaan umur yang amat ketara menyebabkan aku menjadi pemalu yang amat. sampai boleh buat kerja sendiri tak hengat dunia gitu, awww.

tapi, sangat-sangat aku nak berterima kasih kepada semua yang telah memberi tunjuk ajar kat aku, yang telah beri makanan free, yang selalu kongsi kopi 3 in 1, yang selalu ajak aku makan luar, yang bawak aku jalan-jalan dalam opis, yang bawak aku naik tingkat 12 dan tengok mukah dari langit (huhu, melampaui batasannya amat banget, waduh), yang dah sentiasa menceriakan hidup aku dekat opis dengan lawak-lawak bodoh yang kadang-kadang aku tak faham, tapi aku gelak je takut nanti orang gelak aku je tak gelak, haru.

sebenarnya, aku pun ada jugak gambar dengan senior officemate aku, tapi gambar tu aku lupa nak mintak dari tukang ambik gambar yang juga penyelia berkaliber aku yang beri pandangan yang amat positif dan menyebabkan aku dapat markah full untuk ojt. uhuhuhu, aku terharu bak hang,

aku rasa aku mencarut yang amat dah ni, aku sebenarnya nak cakap tentang pengkahiran hidup sebagai pelatih je.

tammat  !!!

  • Share:

You Might Also Like

0 comments