sebab aku rindu :'(

By peachy sana - December 06, 2015


Gambar macam takdak kaitan ada jugak aku tengok ni. Adehh. 

Semenjak lama tak menaip kat blog, rasa kaku pulak jari ni. Makin-makin cuti, lagi lah jauh dari buat folio, thesis and what evahh, lagilah ghairah tangan ni merayap atas keyboard laptop macam insane. 

Sebenarnya, mood seenar aku sekarang ni aku rindu. Rindu sangat-sangat dengan orang yang mungkin merindui aku jugak sekarang ni. (perasan k perasan). Ceritanya macam ni . . . .

"Maaf" 
Itulah perkataan pertama yang keluar dari mulutku selepas dia membebel dekat dalam phone masa aku dan dia on call. 

"Jangan buat aku risau, kau ni chat kat wechat, chat kat whatsapp, apa je lah, aku kan dah cakap aku balik kerja pukul 11 malam" ujarnya. Laju sahaja kata-katanya itu meluncur dari mulutnya. Mungkin rimas.

"Kau rimas?" tanyaku. 

"Bukan rimas, masalahnya, aku lagi kerja kau buat macam tu, aku risau jadi macam-macam kat kau. Aku sayang kat kau, kau jangan macam-macam k?" ayat memujuknya membuat aku kelu tak tahu nak jawab dengan apa. 

"Kau dah makan? Mandi?" soalan yang bertubi-tubi darinya membuatkan aku tersedar dari kelu.

"Dah semua dah. Kau dah?" tanyaku membalas pertanyaannya.

"Aku baru balik kerja, belum mandi, belum makan semua. Aku risau kat kau, takut jadi macam-macam sebab kau cari aku macam tu sangat" 
Sekali lagi jawapannya membuatkan aku kelu. Betul ke aku buat dia risau sangat-sangat. Dia sayang aku sangat-sangat. Kenapa aku tak percaya yang dia kerja. 

Haa, lebih kurang macam tu lah kisah aku malam tu. Macam novel tak? Nak rate berapa bintang ni bruh? Hahaha, yakin pulak aku rasa nak buat cerpen lepas ni. Ada bakat aku ni (perasan yang melebihi level 999999999). Dah, aku dah malsa nak menaip ni.

Bye!

  • Share:

You Might Also Like

1 comments