kehidupan aku sebagai seorang kanak-kanak riang yang menyambar siapa-siapa sahaja yang argue dengan keputusan aku. memang aku aggresif, tapi masa aku kecil. sekarang ni aku pasif. aku tak de dah power-power ni semua. malas dah nak peduli dengan power-power ni. yang penting aku bahagia.
dilahirkan sebagai seorang yang pendek? not a big problem bagi aku selagi aku dapat control abang-abang sado sekeliling aku, cukup bahagia dah hidup aku. hmmm, pendek sungguh aku dalam gambar ni. sungguh terserlah. *wajah bingung
aku sebenarnya dalam pencarian. adakah orang yang bersama aku sekarang mampu bertahan dengan setiap tingkah laku muda remaja, comel jelita aku ni. al-maklumlah, aku kan spesis terancam. umpama paus gitu.
aku terharu ada insan-insan yang bertahan hidup dengan aku. terutamanya mak aku, bapak aku, adik-adik aku, keluarga bahagia aku, kawan-kawan sejagat aku, abang
aku ada adik, nama dia juha. antara adik yang paling aku sayang sebab dia paham aku sangat. walaupun kadang-kadang dia susah nak paham aku, dia buat research supaya dia boleh paham aku ni macam mana. budak sains kan, penuh dengan kajian dan kasih sayang.
![]() |
| nah aku belanja gambar. juha si flawless |
![]() |
| gambar ni aku tak nak belanja. dah tengok bayar kat aku sepuuh sen |
![]() |
| adik songkok tinggi yang suka makan asap |
![]() |
| auntie khadijah, eyuu, macam pelik je :P |
tapi, aku sayang seorang mamat stranger yang masuk dalam hidup aku dan sentiasa buat aku happy macam orang menang loteri. dia adalah orang yang sentiasa heal kesedihan aku, sentiasa perati aku, menangis bersama ketawa bersama, mati je belum. aku sayang dia,
![]() |
| cik adik manis *baby pakai baju pink |
moh aku belanja gambar,
![]() |
| trip bersama anak-anak merdeka i |
![]() |
| trip bersama anak-anak merdeka ii |
![]() |
| senyuman menawan tidak memikat bangla |
![]() |
| and its him <3 |
bai
aku ada beberapa orang kawan. kawan yang aku anggap sebagai seorang manusia yang sangat memahami aku. sentiasa ketawa bersama aku. adakalanya mengusap air mata aku. sentiasa mencari cara untuk bercakap dengan aku dan sentiasa mencuba untuk memahami aku. walaupun begitu, jalan persahabatan kami sangat astrak dan kompleks.
menjejakkan kaki ke kolej vokasional merapatkan hubungan aku dengan izzah. izzah merupakan gadis ceria dan sentiasa ketawa. ketawanya lebih dahsyat daripada suara hilaian. aku dan izzah sebenarnya dari sekolah yang sama sebelum berpindah ke kolej vokasional. namun aku di kelas lain dan dia di kelas lain. kerana perbezaan kelas, kami jadi kurang akrab sehinggalah kolej vokasional menemukan kami. aku tidak tahu bahawa dia mempunyai sikap yang gembira dan ceria. walau bagaimanapun, aku tahu, jauh di sudut hatinya, dia ada sesuatu yang dirahsiakan. kadang-kadang jika dia tidak mampu menahannya, jatuh juga air mata dari mata redup bulatnya. namun disusuli dengan ketawa. izzah memang seorang yang kuat.
namun, sampai ke kolej vokasional, kami berdua masih berbeza kelas namun sama bilik di asrama. izzah temui kawan baru. aku keseorangan lagi. namun suatu hari ketika aku mengambil wuduk di bilik wuduk, aku terdengar suara sinis ejekan namun menggelikan hati.
menjejakkan kaki ke kolej vokasional merapatkan hubungan aku dengan izzah. izzah merupakan gadis ceria dan sentiasa ketawa. ketawanya lebih dahsyat daripada suara hilaian. aku dan izzah sebenarnya dari sekolah yang sama sebelum berpindah ke kolej vokasional. namun aku di kelas lain dan dia di kelas lain. kerana perbezaan kelas, kami jadi kurang akrab sehinggalah kolej vokasional menemukan kami. aku tidak tahu bahawa dia mempunyai sikap yang gembira dan ceria. walau bagaimanapun, aku tahu, jauh di sudut hatinya, dia ada sesuatu yang dirahsiakan. kadang-kadang jika dia tidak mampu menahannya, jatuh juga air mata dari mata redup bulatnya. namun disusuli dengan ketawa. izzah memang seorang yang kuat.
namun, sampai ke kolej vokasional, kami berdua masih berbeza kelas namun sama bilik di asrama. izzah temui kawan baru. aku keseorangan lagi. namun suatu hari ketika aku mengambil wuduk di bilik wuduk, aku terdengar suara sinis ejekan namun menggelikan hati.
"satu malaysia!"
ujarnya gembira. gadis tinggi lampai sedang mentertawakan kawan nya. aku memerhatikan kawan si tinggi lampai itu tadi. seorang gadis kecil molek, kulitnya hitam manis. suaranya lembut dan senyuman sentiasa menghiasi wajahnya. patutlah si tinggi lampai tadi ketawa. ketika berwudhuk, jari telunjuk si kecil molek tadi lurus bagaikan mengiyakan ejekan si tinggi. jarinya luka, pedih jika terkena air. dengan meluruskan jarinya dia mampu mengelak daripada terkena air. namun, dia tetap tenang sahaja sambil membalas ketawa si tinggi dengan tawaan kecil.
aku suka memerhatikan mereka berdua. mula pada saat itulah aku mula mengenali mereka. si tinggi namanya zurain. seorang yang gembira namun otaknya sangat sastera. peminat tegar bahan baca fiksyen remaja. lebih mudah dikenali sebagai novel cinta. zurain mempunyai imaginasi romantiknya sendiri sehingga membolehkan dia menulis beberapa skrip kisah romantik yang adakalanya aku baca dengan penuh minat. dia sangat hebat. pemikirannya sangat indah namun wataknya sedikit kasar daripada wanita-wanita lain. namun dia seorang gadis yang kuat.
si kecil molek. namanya Khadijah. seindah keperibadian Siti Khadijah binti Khuwailid. dia umpama ustazah bagiku yang sentiasa menegurku dalam agama. sentiasa menggerakkan aku untuk solat, mengingatkan aku tentang dosa pahala, dan sentiasa mengajakku membuat kebaikan. namun adakalanya aku menolak ajakannya. adakalanya, aku sedikit nakal dan sentiasa mencuba mengelak daripada mendengar ceramah percuma khadijah. namun khadijah kekal sabar seperti biasa. masih membuka mushaf suci selepas maghrib. menghadiri majlis ilmu, sentiasa bersemangat untuk usrah dan sentiasa kuat untuk berdakwah.
ada seorang lagi di sebalik zurain dan khadijah. namanya liyana. seorang gadis campuran cina yang mempunyai kulit putih melepak. liyana, sikapnya sentiasa ceria dan juga menceriakan. hidupnya hanya untuk ketawa walaupun dalam diam dia menangis juga. mengusik orang sehingga orang merasa terganggu menjadi hobinya. namun dia pandai memujuk. bagaikan seorang ibu yang memotivasikan anaknya, dengan penuh sayang liyana memelukku ketika pointer aku menurun. dengan penuh sabar mendengar kisah aku dengan si dia. fikirannya kreatif untuk memujuk dan sentiasa bersedia untuk membantu. pelajar harapan cikgu sharzilawati, sangat pandai menjahit. aku kagum padanya.
izzah kembali dengan membawa kawan barunya. namanya pijah. gadis ceria, hitam manis dan berjiwa kental. sangat kental dan berani. aku mengagumi setiap kekentalannya. aku tidak sekuat pijah. walaupun dibenci, tetap saja gembira. senyuman nya sentiasa terukir menghiasi wajah arab miliknya. sentiasa memberi semangat dan sentiasa memperbaharui semangatnya. namun sangat manja. tapi tidak mengapa, kami tetap suka melayan karenah keanak-anakannya.
kami berenam mula mengenali hati budi masing-masing sehinggalah dua orang gadis cantik mendekati kami. seorang lahir di bulan dua, dan seorang lahir di bulan enam. kedua-duanya dari sekolah yang sama.
kilin. mungkin nama panggilannya agak pelik. namun pemilik hidung mancung seludang ini merupakan anugerah tuhan yang indah untuk pencinta keindahan. senyumannya indah. matanya indah. peribadinya indah. semua tentangnya indah. lemah lembut dan sopan santun merupakan pakej yang ada padanya. namun sering sahaja membuat kami ketawa dengan sikap spontannya yang adakalanya tak masuk dek akal.
sahabat baiknya, atun, umpama ibu sebenar bagi kami. penyayang nya ada manja nya ada. cantiknya ada, sopannya ada. sentiasa memahami kehendak kami, sentiasa ada saat kami perlukan. tidak hairan jika dia punya pemintnya sendiri. senyumannya mampu membuat semua orang tertegun dan terpegun. kami seringkali memanggilnya "mak" namun dia tidak pernah melatah atau marah.
kami menjadi lapan. lapan orang sahabat yang berjanji akan sentiasa bersama sehingga bila-bila. jika diizinkan, Allah pertemukan kami di syurga, namun kami hanya manusia, banyak membuat dosa dan kesalahan.
| si baju indigo : izzah, di tepinya zurain, acah-acah untuk mencium ialah pijah, si ustazah, khadijah, mak kami, atun, liyana yang berkaca mata, dan kurniaan terindah kilin :) GM Forever :) |
Assalamualaikum,
Masa jerebu haritu, aku dapat tengok kerisauan di wajah mak aku. dia tengah bingong pikir apa yang anak dara dia sorang ni buat dekat sekolah. aku tak tipu, memang benda ni berlaku semasa jerebu. cuma kisah ni tak de lah berkaitan jerebu.
aku dekat kolej masih macam biasa, buang masa, buang keringat, belajar sampai tak ingat dunia, suruh kawan belanja makan, skip makan masa rehat sebab tak de duit, buat buat tido masa semua orang tengah sibuk, malas jaga tepi kain orang, tengok movie macam kat panggung, duduk depan cermin sambil kira jerawat, dengar kawan membebel, kemas locker, angkat kain jemuran, sepak bola ragbi sebab selalu ambil tempat kitorang masa sofbol, lepak bersama kawan, hanging out hari ahad sambil makan waffle, cuba spec rayban, berkira untuk simpan duit sampai minggu depan sebab duit kena curi si tangan panjang, duduk lama lama atas katil sebelum mandi pagi, berebut dengan kawan depan cermin masa berhias, curi-curi ambil peniti kawan masa ator shawl, dengar kawan mengaji, berloyar baik dan buruk, dengar masalah kawan dan cuba jadi kaunselor, cuba benda baru, bersubahat dengan kawan semasa dating, curi-curi ambil buah dekat dewan makan, online dalam kelas, pinjam phone cikgu utk call mak, terharu masa anak cikgu sedih sbb aku tak jaga diorang lagi, dengar lagu shawn mendes dan maroon five, karaoke lagu wildest dream dan good for you, cuba buat parkour belakang kelas, gabung meja supaya boleh jadi katil
hmm, semua tu berlaku bukan kehendak aku, aku cuma nak selesakan diri aku sendiri dekat sekolah, atau lebih tepat lagi dekat kelas, aku bosan dikelilingi pelakon pelakon yang cuma mendekati aku semasa senang, menjauh aku semasa susah,
kadang2 aku terfikir cubalah aku tak bercakap dengan orang dr dulu, biar aku tak tahu baik buruk seseorang, biar aku syok sendiri, janji aku happy dengan life aku,
dear life,
be tough on this thug life!!
nas :)
Masa jerebu haritu, aku dapat tengok kerisauan di wajah mak aku. dia tengah bingong pikir apa yang anak dara dia sorang ni buat dekat sekolah. aku tak tipu, memang benda ni berlaku semasa jerebu. cuma kisah ni tak de lah berkaitan jerebu.
aku dekat kolej masih macam biasa, buang masa, buang keringat, belajar sampai tak ingat dunia, suruh kawan belanja makan, skip makan masa rehat sebab tak de duit, buat buat tido masa semua orang tengah sibuk, malas jaga tepi kain orang, tengok movie macam kat panggung, duduk depan cermin sambil kira jerawat, dengar kawan membebel, kemas locker, angkat kain jemuran, sepak bola ragbi sebab selalu ambil tempat kitorang masa sofbol, lepak bersama kawan, hanging out hari ahad sambil makan waffle, cuba spec rayban, berkira untuk simpan duit sampai minggu depan sebab duit kena curi si tangan panjang, duduk lama lama atas katil sebelum mandi pagi, berebut dengan kawan depan cermin masa berhias, curi-curi ambil peniti kawan masa ator shawl, dengar kawan mengaji, berloyar baik dan buruk, dengar masalah kawan dan cuba jadi kaunselor, cuba benda baru, bersubahat dengan kawan semasa dating, curi-curi ambil buah dekat dewan makan, online dalam kelas, pinjam phone cikgu utk call mak, terharu masa anak cikgu sedih sbb aku tak jaga diorang lagi, dengar lagu shawn mendes dan maroon five, karaoke lagu wildest dream dan good for you, cuba buat parkour belakang kelas, gabung meja supaya boleh jadi katil
hmm, semua tu berlaku bukan kehendak aku, aku cuma nak selesakan diri aku sendiri dekat sekolah, atau lebih tepat lagi dekat kelas, aku bosan dikelilingi pelakon pelakon yang cuma mendekati aku semasa senang, menjauh aku semasa susah,
kadang2 aku terfikir cubalah aku tak bercakap dengan orang dr dulu, biar aku tak tahu baik buruk seseorang, biar aku syok sendiri, janji aku happy dengan life aku,
dear life,
be tough on this thug life!!
nas :)
![]() |
| mind your own business dude, my life, my rules, dont ever try to judge me ! i'm big enough to understand my own life *i think so laa* |
assalamualaikum dan hai.
kebodohan memang sinonim dengan kehidupan seorang pelajar. walaubagaimanapun, adalah penting bagi guru memberi kefahaman kepada pelajar yang mengalami masalah kebodohan ini.
sekadar berkongsi rasa, bukan hendak tunjuk jahat ke apa. bila kelas kami berbunyi bising, puncanya selalu dari kami. keluarga bahagia yang dicipta sendiri, tanpa wali atau tok kadi.
kami ada ibu, kami ada bapa, walaubagaimanapun setiap kali kami bergambar sama, akan ada penampakan yang pelik-pelik menimbulkan kekeliruan yang tidak berkesuadahan.
![]() |
| sebagai permulaan, biarlah kita mula dengan ketidaksenonohan beliau. |
sebenarnya bila aku menginjak usia 18 tahun, aku inginkan belaian daripada kawan-kawan sekeliling biarpun aku tahu tiada seorang pun ingin membelai aku. walaubagaimanapun, penyakit minta belaian terubat setiap kali lihat wajah ibu dan ayah 'fake' di dalam kelas.
![]() |
| candid gituew |
haa, aku mula dengan gambar candid samar-samar tahap dewa langit supaya encik-encik semua tertanya-tanya siapakah ahli-ahli di dalam keluarga 69 ini. jangan risau, kami tak buat maksiat. kami kawan. kawan!!
![]() |
| berapi tak berapi? |
ok now, aku nak rungkai misteri wajah-wajah kesayangan hamba ni. jangan risau, anda tak kenal kami punya, hahaha
haa, amek kau, puteh berseri gitu
assalamualaikum,
-kisah ini berdasarkan kisah sebenar kehidupan aku. tapi, kisah ini diputar belit sedikit. tolong jangan percaya 100% k-
sehabisnya pengajian aku di sekolah rendah, barulah aku tahu rupanya jurang wujud di mana-mana. jurang yang aku maksudkan ialah persahabatan. tahun 6 merupakan tahun paling hebat bagi aku sebagai murid-murid kerana di mana aku mampu berlagak senior tanpa memikirkan hidup aku di masa akan datang. tapi, aku bukan senior yang suka membuli. aku ialah senior yang baik dan comel . . . . lah sangat.
berbalik kepada jurang. jurang persahabatan kami semakin lebar selepas aku masuk ke sekolah menengah. semasa aku tingkatan satu. semasa zaman kejahilan aku. aku dan kawan-kawan sekolah rendah aku mula berpecah mengikut haluan masing-masing. yang pandai masuk mrsm, yang biasa, sederhana dan bodoh masuklah sekolah menengah biasa. selepas kami berpecah, kami mula 'lost contact' antara satu. jurang semakin melebar. kami langsung tidak berhubung antara satu sama lain. benarlah kata orang, semakin kita meningkat dewasa, semakin banyak orang tinggalkan kita. sedih.
result pmr aku teruk. jadi, aku kelaskan diri aku sebagai budak sederhana pandai tapi masuk kelas sains tulen iaitu kelas budak bajet pandai sekolah kami. aku sebenarnya dah minta kolej vokasional sebelum masuk tingkatan 4. dalam kelas, aku rasa rendah diri sangat-sangat. dikelilingi budak pandai menyebabkan aku rasa di 'isolated' kan oleh mereka. aku benci menghafal nota fizik dan fakta kimia. aku benci sains dan pecahan-pecahan yang ada di dalamnya.
doa aku bagaikan dimakbulkan oleh Allah bila permohonan aku ke kolej vokasional diterima. satu malam, seorang cikgu dari kolej vokasional menelefon ke telefon ibuku. beliau bertanya sama ada aku ingin berpindah ataupun tidak. aku kata beri aku masa satu malam untuk berfikir. malam itu, tidur aku terganggu. tidur aku langsung tak lena. aku tertekan. aku tak tahu keputusan yang harus dipilih. namun akhirnya, satu jam sebelum subuh, aku tewas dengan mata.
"kau nak pindah ke sha?"
"vokasional kot. kau pandai, tak kan nak sekolah situ"
"jangan lah pindah, aku nak geng dengan siapa"
dan soalan-soalan ini aku jawab
"aku pindah. ikut decision aku sendiri. tak da orang paksa. aku tahu kemampuan aku. aku tak minat sains dari dulu. aku tak kan lulus sampai bila-bila"
20 januari 2013. aku pindah kolej vokasional sibu dengan satu azam, aku nak dapat diploma dengan result yang super hebat walaupun aku tak ambil spm. tapi, ada satu kekesalan dalam hati bila jurang diantara kami bersahabat lebar lagi. aku terpisah dari mereka. berhubung jarang sekali. mereka sekarang mempunyai kelompok pandai mereka sendiri. aku? tentulah mempunyai kawan aku sendiri. aku tak tahulah sampai bila jurang ni akan berhenti dalam hidup aku.
jujur, aku takut masuk universiti tanpa kawan-kawan aku. aku takut jurang terjadi lagi. tapi, nama pun kehidupan. Allah dah atur sebaik mungkin takdir hidup kita. entah apa akan terjadi selepas ni, mungkin membuat jurang, atau membuat jambatan untuk menghubungkan semula jurang tersebut. wallahualam
assalamualaikum dan hai,
aku tak taulah, sama ada mata aku ada masalah atau orang tu memang dok update status pelik-pelik. bukan apa,
haritu, aku adalah menengok-nengok twitter dan facebook aku ni. lama dah tak bukak facebook terutamanya, tetiba aku terbaca satu status yang tak melambangkan imej bertudung yang jadi dp picture dia
"sat gi aku online balek. nak buang air besar kejap ni. dah terkentut-kentut depan lappy neh"
sangat pelik. di mana maruah beliau ya? jadi, aku pun bertakafur mencari dimana silap dan salah yang aku buat sampai aku terpaksa baca status yang sedemikian rupa. walaubagaimanapun, setelah aku layan (*stalk) dia punya akaun, huh,
"dahsyat sungguh ya wanita ini"
gambaran dan ayat pertama bila aku pergi akaun dia.
"nak boyfie baru. baru jek break tadi. sodeh"
"garu burit sat"
" b*** perempuan tuh. ey, boyfie aku kot, jangan nak menyibok"
"taulah aku ni tak hot. tak banyak liker. kau hot sebab autolike jek kot"
*ayat diubah sedikit atas sebab-sebab supaya orang empunya akaun tak saspek apa-apa kat aku
tapi, bila aku fikir balik, normal people, make mistake jadi aku pun terus ke akaun aku tukar tempat kerja kat 'bumi Allah' dan sebagainya. status pun tak nak yang bodo-bodo dah. *adalah jugak part aku jadi bodo seketika tuh. tapi tak lah sebodoh beliau.
nenek aku ada cakap kat aku, 'belajar dari kesilapan. jangan asyik nak ulang-mengulang kesilapan yang sama. bosan hidup' nenek aku pesan. jadi, aku pun rasa aku ni pun ada kesalahan dan kesilapan. ada yang aku ulang (for example : tak nak belajar rajin-rajin sampai result UPSR dan PMR teruk -,-) dan ada kesilapan yang aku tak nak ulang dah, insaf katanya (for example, mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih, dikata orang dia yang sedih, haa. gituu).
aku dulu ada ikut usrah kat kolej. walaupun kebanyakan masa usrah aku sibuk melayan mata yang mengantuk, dan terangguk-angguk sampailah kakak usrah cakap aku yang paling paham apa yang dia cerita ivendo aku la yang paling tak faham apa-apa. satu topik yang pernah aku fokus dan mengantuk sikit ialah topik 'sayonara jahiliah'. bab ni menyebabkan kebanyakkan kami terasa kepedasan dosa-dosa lalu yang telah dilakukan *bertakafur.
bab ni, kami diberi tengok video oleh kakak usrah tentang perubahan seseorang daripada gaya hidup sosial jadi seorang wanita muslimah. sentap gituew belajar bab ni. kita yang dah lama memegang imej islam ni pun belum tentu dapat jadi muslimah sejati kan. masih ada aurat terdedah. masih ada mulut mengata, masih ada malas buat kebaikan, masih ada segala-galanya. seperti iklan astro dahulu kala 'macam-macam ada'.
satu hari, aku pun berfikiran positif. eceh, ayat power. cara pemikiran aku diubah sedikit daripada senget menjadi lurus walaupun pembaris aku dah patah. aku fikir macam ni satu malam tu sebelum aku tidur "kawan-kawan aku dah berubah, takkan aku tak nak berubah jugak kot. takkan aku nak ketinggalan syurga..." lepas tu aku dah tak ingat aku monolog apa pasal aku ada dim memory.
janganlah kita ni nak menjadi, 'kata di mulut, tapi diri sendiri tak buat' kan. kata takut dosa Allah, buat juga maksiat. Kata takut neraka Allah, tapi dosa jugak didekat. konon nak masuk syurga Allah, tapi sakitkan hati orang dialah paling hebat. tapi kita masih normal people, memang banyak kesilapan.
ceh, macam tak dak kaitan ada jugak kan. haha. sebenarnya, ada sikit kaitannya dengan ayat aku sebelum-sebelum ni. sebenarnya, maksud dia kita cakap di mulut, tapi kita tak tunjuk dari cara kita. kita tak tunjuk dengan perbuatan kita dan kita tak semat dalam hati kita. sangat sedih kan.
so last but not least, sebelum aku gulung pendapat aku jadi popia roll, aku nak menegaskan bahawa hidup sebagai normal people memang susah. tapi hidup sebagai normal people yang ada pegangan insyaAllah jadi mudah.

















