tak tahu

By Nasampian - November 10, 2015

senang cerita hidup aku macam ni. aku budak merepek yang suka makan makanan ringan tapi menolak untuk makan McD. pasal apa? aku tak tahu kenapa lidah aku ni macam tak masuk makanan barat. lidah melayu kan? sambal belacan jugak dilahap.

kehidupan aku sebagai seorang kanak-kanak riang yang menyambar siapa-siapa sahaja yang argue dengan keputusan aku. memang aku aggresif, tapi masa aku kecil. sekarang ni aku pasif. aku tak de dah power-power ni semua. malas dah nak peduli dengan power-power ni. yang penting aku bahagia.

dilahirkan sebagai seorang yang pendek? not a big problem bagi aku selagi aku dapat control abang-abang sado sekeliling aku, cukup bahagia dah hidup aku. hmmm, pendek sungguh aku dalam gambar ni. sungguh terserlah. *wajah bingung


aku sebenarnya dalam pencarian. adakah orang yang bersama aku sekarang mampu bertahan dengan setiap tingkah laku muda remaja, comel jelita aku ni. al-maklumlah, aku kan spesis terancam. umpama paus gitu.

aku terharu ada insan-insan yang bertahan hidup dengan aku. terutamanya mak aku, bapak aku, adik-adik aku, keluarga bahagia aku, kawan-kawan sejagat aku, abang hensem pencuri hatiku ehem-ehem aku, dan sebagainya.

aku ada adik, nama dia juha. antara adik yang paling aku sayang sebab dia paham aku sangat. walaupun kadang-kadang dia susah nak paham aku, dia buat research supaya dia boleh paham aku ni macam mana. budak sains kan, penuh dengan kajian dan kasih sayang.

nah aku belanja gambar. juha si flawless 
dalam geng yang aku panggil GM kat sekolah, aku ada dua orang kakak yang sangat penyayang dan garang. dua-dua lahir dalam bulan 2. seorang sopan santun, seorang lagi santun disopaninya, aku sayang dua makhluk tuhan paling seksi ini.

gambar ni aku tak nak belanja. dah tengok bayar kat aku sepuuh sen
aku ada seorang brother yang aku anggap umpama adik kandung yang aku sayang. selalu share masalah dengan aku sampai masalah aku bertambah, selalu ambil kerja dalam pendrive aku dan yang paling kronik selalu curi makanan aku.

adik songkok tinggi yang suka makan asap
dalam sekolah aku, aku ada berkenalan dengan seorang yang sepatutnya aku hormat macam mak cik dalam family aku. tapi masalah utama kami berdua ialah, kami sama umur dan aku takde selera nak panggil dia mak cik. manusia childish macam tu berhak dipanggil sebagai adik-adikku insyaAllah boleh.

auntie khadijah, eyuu, macam pelik je :P
tapi, aku sayang seorang mamat stranger yang masuk dalam hidup aku dan sentiasa buat aku happy macam orang menang loteri. dia adalah orang yang sentiasa heal kesedihan aku, sentiasa perati aku, menangis bersama ketawa bersama, mati je belum. aku sayang dia, 

cik adik manis *baby pakai baju pink
moh aku belanja gambar, 

trip bersama anak-anak merdeka i

trip bersama anak-anak merdeka ii

senyuman menawan tidak memikat bangla
and its him <3

bai

  • Share:

You Might Also Like

0 comments