aku dan GM

By Nasampian - November 06, 2015

aku ada beberapa orang kawan. kawan yang aku anggap sebagai seorang manusia yang sangat memahami aku. sentiasa ketawa bersama aku. adakalanya mengusap air mata aku. sentiasa mencari cara untuk bercakap dengan aku dan sentiasa mencuba untuk memahami aku. walaupun begitu, jalan persahabatan kami sangat astrak dan kompleks.

menjejakkan kaki ke kolej vokasional merapatkan hubungan aku dengan izzah. izzah merupakan gadis ceria dan sentiasa ketawa. ketawanya lebih dahsyat daripada suara hilaian. aku dan izzah sebenarnya dari sekolah yang sama sebelum berpindah ke kolej vokasional. namun aku di kelas lain dan dia di kelas lain. kerana perbezaan kelas, kami jadi kurang akrab sehinggalah kolej vokasional menemukan kami. aku tidak tahu bahawa dia mempunyai sikap yang gembira dan ceria. walau bagaimanapun, aku tahu, jauh di sudut hatinya, dia ada sesuatu yang dirahsiakan. kadang-kadang jika dia tidak mampu menahannya, jatuh juga air mata dari mata redup bulatnya. namun disusuli dengan ketawa. izzah memang seorang yang kuat.

namun, sampai ke kolej vokasional, kami berdua masih berbeza kelas namun sama bilik di asrama. izzah temui kawan baru. aku keseorangan lagi. namun suatu hari ketika aku mengambil wuduk di bilik wuduk, aku terdengar suara sinis ejekan namun menggelikan hati.

"satu malaysia!"
ujarnya gembira. gadis tinggi lampai sedang mentertawakan kawan nya. aku memerhatikan kawan si tinggi lampai itu tadi. seorang gadis kecil molek, kulitnya hitam manis. suaranya lembut dan senyuman sentiasa menghiasi wajahnya. patutlah si tinggi lampai tadi ketawa. ketika berwudhuk, jari telunjuk si kecil molek tadi lurus bagaikan mengiyakan ejekan si tinggi. jarinya luka, pedih jika terkena air. dengan meluruskan jarinya dia mampu mengelak daripada terkena air. namun, dia tetap tenang sahaja sambil membalas ketawa si tinggi dengan tawaan kecil.

aku suka memerhatikan mereka berdua. mula pada saat itulah aku mula mengenali mereka. si tinggi namanya zurain. seorang yang gembira namun otaknya sangat sastera. peminat tegar bahan baca fiksyen remaja. lebih mudah dikenali sebagai novel cinta. zurain mempunyai imaginasi romantiknya sendiri sehingga membolehkan dia menulis beberapa skrip kisah romantik yang adakalanya aku baca dengan penuh minat. dia sangat hebat. pemikirannya sangat indah namun wataknya sedikit kasar daripada wanita-wanita lain. namun dia seorang gadis yang kuat.

si kecil molek. namanya Khadijah. seindah keperibadian Siti Khadijah binti Khuwailid. dia umpama ustazah bagiku yang sentiasa menegurku dalam agama. sentiasa menggerakkan aku untuk solat, mengingatkan aku tentang dosa pahala, dan sentiasa mengajakku membuat kebaikan. namun adakalanya aku menolak ajakannya. adakalanya, aku sedikit nakal dan sentiasa mencuba mengelak daripada mendengar ceramah percuma khadijah. namun khadijah kekal sabar seperti biasa. masih membuka mushaf suci selepas maghrib. menghadiri majlis ilmu, sentiasa bersemangat untuk usrah dan sentiasa kuat untuk berdakwah. 

ada seorang lagi di sebalik zurain dan khadijah. namanya liyana. seorang gadis campuran cina yang mempunyai kulit putih melepak. liyana, sikapnya sentiasa ceria dan juga menceriakan. hidupnya hanya untuk ketawa walaupun dalam diam dia menangis juga. mengusik orang sehingga orang merasa terganggu menjadi hobinya. namun dia pandai memujuk. bagaikan seorang ibu yang memotivasikan anaknya, dengan penuh sayang liyana memelukku ketika pointer aku menurun. dengan penuh sabar mendengar kisah aku dengan si dia. fikirannya kreatif untuk memujuk dan sentiasa bersedia untuk membantu. pelajar harapan cikgu sharzilawati, sangat pandai menjahit. aku kagum padanya.

izzah kembali dengan membawa kawan barunya. namanya pijah. gadis ceria, hitam manis dan berjiwa kental. sangat kental dan berani. aku mengagumi setiap kekentalannya. aku tidak sekuat pijah. walaupun dibenci, tetap saja gembira. senyuman nya sentiasa terukir menghiasi wajah arab miliknya. sentiasa memberi semangat dan sentiasa memperbaharui semangatnya. namun sangat manja. tapi tidak mengapa, kami tetap suka melayan karenah keanak-anakannya. 

kami berenam mula mengenali hati budi masing-masing sehinggalah dua orang gadis cantik mendekati kami. seorang lahir di bulan dua, dan seorang lahir di bulan enam. kedua-duanya dari sekolah yang sama. 

kilin. mungkin nama panggilannya agak pelik. namun pemilik hidung mancung seludang ini merupakan anugerah tuhan yang indah untuk pencinta keindahan. senyumannya indah. matanya indah. peribadinya indah. semua tentangnya indah. lemah lembut dan sopan santun merupakan pakej yang ada padanya. namun sering sahaja membuat kami ketawa dengan sikap spontannya yang adakalanya tak masuk dek akal.

sahabat baiknya, atun, umpama ibu sebenar bagi kami. penyayang nya ada manja nya ada. cantiknya ada, sopannya ada. sentiasa memahami kehendak kami, sentiasa ada saat kami perlukan. tidak hairan jika dia punya pemintnya sendiri. senyumannya mampu membuat semua orang tertegun dan terpegun. kami seringkali memanggilnya "mak" namun dia tidak pernah melatah atau marah.

kami menjadi lapan. lapan orang sahabat yang berjanji akan sentiasa bersama sehingga bila-bila. jika diizinkan, Allah pertemukan kami di syurga, namun kami hanya manusia, banyak membuat dosa dan kesalahan. 

si baju indigo : izzah, di tepinya zurain, acah-acah untuk mencium ialah pijah, si ustazah, khadijah, mak kami, atun, liyana yang berkaca mata, dan kurniaan terindah kilin :)
GM Forever :)

  • Share:

You Might Also Like

0 comments