fck feeling : i feel everything

By Nasampian - July 07, 2017



penat. penat fizikal, lagi-lagi mental. banyak manusia toksik yang berbahaya dan akan menghancurkan masa depan jika tidak dimusnahkan awal.

sakit. sakit badan, juga sakit hati. manusia senang berubah. jangan terlalu berharap bahawa manusia akan sentiasa menjadi orang yang sama. manusia ikut keadaan dan situasi. juga kadang-kadang ikut nafsu dan pemikiran.

cinta. sudah hilang. tiada lagi cinta kepada bukan mahram. target hanya untuk memberikan cinta kepada yang sepatutnya. kepada Allah yang sentiasa memberi peluang, kepada Rasul yang mengingati ummatnya sehingga ke nafas terakhir. kepada ibu bapa yang sudah berkorban pelbagai perkara. juga kepada keluarga yang memberikan sokongan.

rindu. fokuskan rindu pada yang maha Esa. jika ada rindu terhadap manusia yang tidak layak, hapuskan dengan zikrullah. rindu kepada sahabat, borak di media sosial. elakkan daripada merindui yang tidak penting.

sedih. terlalu lama sedih. hati sudah penat. tapi sedih ialah penguat semula dan pembangkit utama semangat untuk terus hidup. kesedihan adalah kebangkitan. kesedihan ialah kekuatan. bukan mudah untuk kuntumkan senyuman dalam keadaan sedih, cuma kadang-kadang perlu kerana sedih tak perlu ditunjuk.

gembira. ada keluarga dan kawan-kawan yang memahami. ada media sosial dan juga youtube. yang penting, ada al-Quran untuk dibaca ketika hati berasa rawan dan gundah. Allah tidak memberi ujian kepada hamba-Nya sembarangan, melainkan hamba-Nya mampu mengatasi ujian itu.

p/s : wassap group family penuh gambar Luth. Alhamdulillah :)

  • Share:

You Might Also Like

0 comments