my mama 😚
hmm, bulan may tiap tahun mungkin saat sweet mama bersama anak-anak. But not my mama. My mama bukan nya jenis sweet sweet gula batu ni, my mama sangat keras kepala dan kuat pendirian. My mama, dia tak tunjuk sweet, tapi masam masin pahit semua dia tunjuk. marah juga dengan mama masa dia kuat memerintah masa kecil-kecil dulu, tapi masa dah besar gedabak ni, berbaloi juga ajaran mama (sampai hari ni masih takut nak ingkar arahan mama yang garang).
my mama, tak suka selfie. siap bagi warning "jangan upoad gambar mama dalam media sosial!" (dengan wajah serius dan garang-garang bawang merah). my mama sangat tak suka tunjuk-tunjuk kecantikan, biar untuk papa dan anak-anak saja. my mama juga tak suka orang melawan cakap, dan paling my mama pantang ialah jika anak-anak meninggikan suara. my mama cepat kecil hati, tapi my mama tetap seperti mama-mama yang lain, cepat memaafkan, tapi dalam hati mama, kita tak tahu.
my mama ada kelebihan. seperti mama-mama yang lainnya, kelebihan my mama ialah memasak. banyak orang puji my mama masak sedap. malah, my mama juga buka gerai kuih petang-petang depan rumah. cari pendapatan tambahan. alhamdulillah, setakat ini kewangan keluarga stabil. tahniah kepada papa sebab yakin dengan masakan sedap my mama. kuih-kuih mama semua orang puji. paling orang eksaited sekali tengok donut mama, kembang-kembang macam pelampung keselamatan. sebab itu mungkin orang gian membeli.
my mama suka shopping. kalau ada masa, my mama akan manjakan diri sendiri dengan shopping. beli barang dapur, cari benda baru untuk dimasak, beli baju, beli kain, beli tudung, beli macam-macam. kadang-kadang my mama beli juga untuk anak-anaknya yang nakal bak hantu semua perangai macam hanat. mama mana yang lokek dengan anak-anak. bukan mama namanya kalau lokek, itu wawa (wawa masih belum dapat dipastikan siapakan beliau hingga ke saat ini).
my mama is everything to me. selalu juga selisih faham dengan mama, kadang-kadang ada mood mogok taik lembu tak mahu dengar cakap mama, kadang-kadang ada mood manje mengade-ngade sampai semua benda nak share dengan mama. yaa, my mama bukanlah seperti mama awak. sebab mama saya special, khas untuk saya. kalau awak jadi adik-beradik saya pun awak akan cakap mama saya special macam tek c peng special. sedap,sejuk dan manis.
akhir kata,
selamat hari mama untuk mama. i love you mama
p/s : walaupun aku tahu my mama takkan baca punya coretan merepek kerepek terkerekdi dunia ini. terima kasih
0 comments