4 kali
"eh, labuh tudung kau sekarang? mana lagi hijabista belit-belit kau dulu?"
"longgarnya seluar, takde class la"
"kau ni bajet ayu depan lelaki, nak tunduk-tunduk pulak. tunjuk la perangai kau yang kononnya gila-gila tu, hipokrit!"
"jangan nak berlembut sangat dengan semua orang, kau ni berlagak alim"
aduh, sakitnya berubah. tajamnya lidah. bukan hanya dari syaitan-syaitan, malahan dari orang-orang yang dah lama kenal aku. keji kah perubahan? jahat sangat kah aku nak jadi baik?
Percubaan 1
aku cuba pakai stokin dan handsock. bolehlah maintai dalam 2 hingga 3 bulan. tapi akhirnya kononnya tak tahan panas, buka juga handsock. tapi syukur stokin kekal sampai kini. seluar masih fit gila. macam nak tunjuk semua aset yang ada. biar terbelalak mata ajnabi tengok kaki yang kononnya seksi.
keputusan - gagal
Percubaan 2
cuba mengaji tiap malam lepas maghrib. beberapa bulan bertahan, tapi akhirnya sebab terlalu banyak kerja sekolah sehingga terpaksa gadaikan 5 minit mengaji. 5 MINIT BOLEH TERGADAI!!! Apa sangatlah boleh ditambah dalam kerja sekolah dalam masa 5 minit. esoknya, bukannya siap kerjasama, pahala mengaji pun terlepas.
keputusan - gagal
Percubaan 3
sebab dah sakit dan kononnya hendak berubah selepas putus cinta. untuk 2 bulan pertama dapat maintain pakai tudung labuh dan stokin dan handosock dan mengaji tiap malam. tapi, dah RETURN balik dengan pakwe??? tudung kembali singkat. Ya Allah, tipisnya keimanan.
keputusan - gagal
Percubaan 4
hati redha dan ikhlas melepaskan si dia. dengan tangisan, cuba ukir senyum hantar emoji nanas dengan dia, jangan lost contact walaupun sudah tiada ikatan couple (COUPLE HARAM!!!!!!!!!!!), cuba jadi kawan, bawa kepada kebaikan. semuanya baik-baik sahaja. Alhamdulillah.
Baiklah, kali ini kuat hatiku ingin berubah. sudah banyak percubaan, kenapa mahu gagal lagi? Allah bagi banyak peluang, kenapa mahu sia-siakan lagi? sudah bebas dari belenggu ikhtilat, kenapa tidak mahu cuba lagi untuk berubah?
jangan sombong dengan Allah. nanti Allah tidak beri peluang lagi, mati dalam kekufuran, baru kalut fikir nak hidup klembali dan bertaubat.
Allahu, kuatkan semangat aku !!!!
0 comments