Jom review barang mekap bersama Tuan Puteri

By Nasampian - September 16, 2016

Assalamualaikum,

first of all tadi kan, aku dah price range 0$ - 5$, jadi kite-kite akan jumpa barang2 yang harganya bawah RM 21.00. yeay, melompat kebahagiaan secara tiba-tiba. jap, harganya tetap membuatkan diriku ini goyah banget.

so, ni antara barang-barang yang aku minat nak tengok-tengok. jum review barang-barang murah di Drugstore.com, aumss aumss

1. NYX Above and Beyond Full Coverage, Orange

Dia cakap kat situ yang dia ni provide smooth, long lasting coverage untuk muka. emm, kira flawless gitu laa. satu lagi aku minat ayat power mengancam suruh kita beli dia dimana beliau mengatakan bahawa " word concealer doesn't exist in your dictionary". wooo, scary ~~~

Harga : RM 15.47

2. eos Visibly Soft Lip Balm, Coconut Milk


Seterusnya, beralih ke bahagian bibir pulak. bahagian paling aku suka kat muka aku, muahahahaha (ketawa jahat joker 2.0).  caption dia mengatakan bahawasanya produk ini adalah evolution of smooth. hmm, selembut belaian seorang mama. (yang tu aku tamah sendiri). macam bagus pulak produk ni aku tengok. kegunaannya adalah untuk melembutkan bibir, buat bibir lembab dan lip balm ni ada vit C dan E, yeayyyy. Lastly, produk ni berasal dari USA

Harga : RM 13.85

3. e.l.f Studio Cream Eyeliner, Black
aku jarang pakai eyeliner yang bentuk cream ni sebenarnya. tp, aku berminat nak cuba, tak salah kan. kalau salah dah lama aku meringkuk dalam penjara. hmm, tak dapat membendung diri dari merepek. ok, balik ke produk ni. produk ni berasal dari china. umm, dia punye box aa eksklusif gitu loh, hahahaha. produk ni senang dicalit di sana-sini, water resistant pulak tuh dan dalam melawan segala jenis air macam peluh, air mata, air hujan, air sungai, air laut dan sebagainya. boleh bentuk line dengan sempurna, nak tebal macam cleopatra ke nak nipis sampai tak nampak macam pakai ke, terpulang kepada uolsssssss k?

Harga : RM 12.38

4. L.A Colors Matte Lipstick, Red Tango

ok, aku jumpa lipstick matte pulak dah. ni feveret dak-dak hipster ni. suka pakai matte sebab senang apply, tak shiny dan warna dia menyerlahkan keyakinanmu. tapi, aku bukan nak cerita pasal dak-dak hipster. aku nak cakap pasal produk ni. Produk ni mengandungi vit E dan Aloe Vera. Aloe vera baik untuk bibir, emm. produk ni depa dok sembang ada bau vanilla dan melembabkan bibir tanpa shiny-shiny. warna dia garonggggg.

Harga : RM 4.80

5. Trim Easy Hold Fingernails Clipper
tok pandai I nak cakap benda ni. sampai ke benda kecik ni pun dah jual online, hehehe. harganya mengancam gila, baik beli kat malaysia je, selamat dan halal, hahahahaha

Harga : RM 7.80


Ok, done review barang. yang lain review sendiri laa, pergi laa SINI.

bai uolsss

  • Share:

You Might Also Like

0 comments