bawang

By Nasampian - December 14, 2014

Assalamualaikum, 


Bila berkata tentang bawang. Ya, benda kecil, ada warna merah, warna putih dan masih hijau. Bawang, buah ataupun sayur? Masih tetap satu misteri yang tiada berkesudahan bagi aku. 



Hari ni, aku tolong mak aku potong bawang. Mak aku memang seorang bawang expert 'kononnya' sebab dia mampu menahan lelehan air mata daripada mencium bumi ketika memotong bawang. Tips yang diberikan beliau kepada aku langsung tidak membantu apabila air mata aku yang sensitif ini tetap juga mengalir umpama insan lemah yang baru putus cinta dengan abang sado? Tak mengapa mak, jika tidak mahu berkongsi tips memotong bawang yang lebih efektif serta efisien, google kan ada.



Bawang sememangnya mengajar aku satu benda. Walaupun kita lemah, kita kecil dan yang sewaktu dengannya, kita bukannya insan yang dapat dikalahkan dengan mudah. Seperti bawang, walaupun manusia dengan kejam dan zalim sekali menyiat tubuhnya yang kecil dan tidak berdosa (terlampau sastera -,-) , dia masih ada kuasa rahsia yang mampu menembak mata manusia yang zalim itu tadi (iaitu aku dan ibu. Aku sahaja rasanya kerana ibu langsung tidak menangis). Kuasa tadi menyebabkan aku menjadi lemah umpama raksasa yang sedang ditarik nyawa oleh malaikat selepas bertarung dengan utraman. 



Mak tanya, "kenapa kau boleh lemah sebegini? Eleh, sekadar bawang semata-mata kau dah putus asa. Habiskan kerja mak, mak nak memasak" 



Mak memang memandang rendah kepada aku yang sudah tidak berdaya lagi. "Mak, bawang kot," ujar aku sambil mengesat air mata yang mengalir. 



"Sudah-sudahlah, yang lepas biarkan lepas" ayah ku menyampuk sambil turut mengesat air mata.



"ayah, mengapa ayah menangis?" tanyaku kepelikan sambil menghulurkan tisu kepada ayah.



"kau lah punya pasal. Yang kau dok hala kipas tu ke arah ayah kenapa?" ayah menutup kipas di sebelahku. Aku tersenyum.




Bawang memang hebat!

  • Share:

You Might Also Like

0 comments