Kisah Isteri Solehah
Assalamualaikum,
Tadi masa Shan menggodek-godek Puan Google,Shan ada jumpa something ni. Kisah tentang seorang isteri solehah. Kisah ni Shan tukar sikit-sikit tapi jalan cerita masih macam kisah tu.
Pada zaman dahulu, zaman nabi dululah, ada sepasang suami isteri dan mereka mempunyai seorang anak. Pada suatu hari, si suami ni nak pergi berdagang. Al-maklumlah pedagang katakan. Dia pun pergi berdagang pakai kapal. Lama lah juga dia berdagang. Di rumah pula, anak mereka telah meninggal dunia tanpa pengetahuan si suami.
Dah lama berdagang, si suami ni pun balik. Ketika dia balik, si isteri menyambut dia dengan penuh senyuman. Si suami tadi pun bertanya mana anak mereka. Dengan tenang si isteri menjawab bahawa anak mereka masih bermain di luar. Pada malamnya pula sekali lagi si suami bertanya hal anaknya. Sekali lagi si isteri menjawab bahawa anak mereka sedang tidur. Si isteri menyuruh suaminya tidur kerana dia tahu suaminya penat.
Keesokan harinya, sekali lagi si suami ni brtanya dengan isterinya dimana anak mereka. Jadi si isteri ni uji suaminya dengan mengatakan bahawa ada orang tinggalkan barangnya di rumah mereka. Si suami ni jawablah supaya isterinya menjaga dengan baik. Si isteri menyambung lagi, bahawa orang tersebut hendak mengambil semula barangnya. Si suami menjawab lagi denga mengatakan bahawa barang tersebut merupakan hak milik orang tersebut. Jadi, berilah semula. Jadi, dengan tenang isterinya menceritakan perihal sebenar bahawa anak mereka telah meninggal dunia. Allah telah mengambil semula anak mereka kerana anak mereka merupakan hak milik Allah.
Dia tidak mahu beritahu suaminya mengejut kerana dia takut suaminya akan sedih. Baikkan isteri macam dia ni. :)
Actually, Shan nak share tu je. Ok, la. Sampai sini dahulu.
Tata,
Yang bebenar,
Anak mak :)
0 comments