Kecewa Punca Penghijrahan


bang! bang! bang! tajuk skema, huahuahua

Sudah sakit baru cari Allah. Huahuahua, padan muka. Opss, tak boleh nak hard sangat dengan orang baru lepas sakit hati ni. Nanti tak pasal-pasal lemah iman boleh bunuh diri, hehe.

Bukan apa geng, aku nak kongsi kisah aku sendiri yang sudah jatuh aku selamatkan diri dari tangga. yaa, memang aku selamat. True story, tapi aku sikit lagi nak kena hempap dengan tangga.

Baiklah, aku bukan nak cerita pasal cerita kisah percintaan aku yang sekerat jalan, tapi aku nak bercerita kisah aku selepas dikerat oleh cinta, yang menyebabkan hati aku patah seribu. Ouch, putus cinta memang sakit. Sama ada pasangan kita dah tak dapat nak teruskan komitmen dengan kita, ataupun kita dah give up dengan pasangan, semuanya akan membawa kepada putus cinta.

Aku bercinta awal beb. Umur 18, kununnya dah jumpa dengan kekasih dunia akhirat. Kekasih awal dan akhir, dan memasang angan-angan untuk hidup bersama. (Statement lawak tak hengat). Tapi, hampa lah jugak. Hampir 2 tahun bersama, akhirnya kami putus di tengah jalan. Belum sampai tengah pun sebenarnya, dah putus, hesh. Tak sampai la hajat nak kekasih awal dan akhir tadi, tiba-tiba tukar jadi kekasih awal dan sekerat, hampeh.

Okay, sambung lagi dengan kesedihan aku lepas putus cinta tadi. Aku buntu sebenarnya. tak tahu nak buat apa. Ye lah, orang bercinta pagi dapat text "good morning", sebelum tidur dapat text "good night", tapi kenapa tak contact Allah? Sedangkan Allah 24/7 bagi aku cinta, bagi aku udara, bagi aku hidup, bagi aku sihat, semua tu kekasih tak mampu nak beri. Yang kekasih aku mampu, otp sampai pagi-pagi buta, lepas tu memudaratkan masa subuh aku, hmm. Allahu, masa tu dah ada bibit-bibit kesedaran, tapi buat bodoh je, al-maklumlah sayang kekasih macam nak rak, hehe.

Lepas putus cinta, dah tak dapat dah mesej sweet-sweet gula tebu dan cotton candy tu, yang aku dapat cuma mesej cinta dari celcom yang menawarkan pelbagai kebaikan jika menggunakan pelan 9gb internet, dapat free rm5,hmm. Aku rasa hilang. Hidup aku rasa kelam. Setiap malam rasa gloomy. Bangun pagi rasa tak semangat. Makan pun rasa nak muntah. Mandi tak basah. Fikiran bercelaru. Selalu bermenung memikirkan bekas kekasih hati yang mungkin berbahagia. Kasihan.

Aku tak tahu apa yang aku akan buat. Hilang perancangan hidup aku. (Perancangan kununnya nak bernikah dengan kekasih awal dan akhir, kekasih zahir dan batin). Orang kat sekeliling aku pun aku buat bodoh, tak pandang macam dia orang tu halimunan. Aku cuma nak belai hati aku yangtengah melarat. Sakit, kecewa, dan macam-macam lagi. Semua perasaan negatif bermain dalam minda.

Untuk pengetahuan, aku mengalami depresi dan juga bipolar disorder selepas putus cinta. Okay, kenapa aku cakap aku depresi? Sebab aku asyik fikir nak tamatkan hidup aku, rasa macam hidup aku ni tak berguna lagi. Akibat dikecewakan oleh seorang, aku rasa semua orang sekeliling aku cuba untuk mengecewakan aku. Aku rasa nak bunuh diri. Wahh, teruknya!!!

Tapi, suatu hari, terdetik hati aku untuk berubah. Macam magik. Aku pun tak tahu kenapa perasaan tu tiba-tiba wujud. Sebab aku dah serik nak bercinta dengan manusia, aku mula menyimpan hasrat untuk mencari cinta Allah. (di sinilah betapa peritnya kisah cinta aku bermula, satgi aku cerita). Rasa macam manusia hanya mampu beri harapan, tapi tak mampu nak tunaikan. Bukan aku nak salahkan bekas kekasih aku, tapi masa tu kami cuma "pasangan kekasih". Tak ada hak untuk aku mengawal dia, dia pun bebas untuk mencari siapa yang paling sesuai sekali untuk dirinya. (Ayat berbunga-bunga, dalam hati sudah ikhlas melepaskan gitu). Bukan mudah nak stay dalam hubungan cinta selama 2 tahun tu,banyak jugak lah ranjau tapi indahnya, MasyaAllah, sangat indah. Bercinta akan membuatkan kita rasa dihargai dan disayangi.

Tapi tu baru bercinta dengan manusia. Cuba fikir,kalau kita bercinta dengan pencipta manusia itu sendiri (aku tak cakap pasal mak bapak dia, aku tak suruh korang untuk ambil mak bapak dia jadi kekasih, huru-hara nanti). Aku cerita pasal Allah. Kekasih dunia akhirat aku yang sebenar-benarnya. Kekasih awal dan akhir aku. Yang telah memberikan aku cinta sebelum aku diletakkan di dunia lagi, yang telah mengatur jalan hidup aku, yangtelah menghindarkan aku dari segala kejahatan dan keburukan dari aku lahir sampailah sekarang.

Tapi, aku ada tulis tadi "di sinilah betapa peritnya kisah cinta aku bermula". Haa, aku nak cakap tentang selepas aku usaha mencari Allah, syaitan dengan tidak semena-menanya membebaskan kuasanya yang tidak seberapa untuk hasut aku berbuat kejahatan yang tak sudah. Allahuakbar, aku memang masih manusia yang lemah pada mulanya, masih cepat sangat ikut bisikan-bisikan padu iblis. Macam sesetengah orang kata, dia suruh kau makan tahi, kau makan. Buruk jugaklah pepatah tu, buruk jugaklah hati aku masa tu sebab masih teruja nak buat dosa, tak padan dengan sedih yang Allah dah bagi,suruh kembali kepada-Nya. Bodoh sombongnya aku, Ya Allah.

Benda pertama yang syaitan hasut aku ialah untuk balas dendam. Wuih, aku yang tak ada pengalaman berdendam disuruhnya balas dendam. Syaitan suruh aku bertabarruj. Tabarruj bermaksud berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan untuk wanita. Syaitan mula jinakkan aku untuk guna make-up yang berlebihan. Biar terbeliak mata bekas kekasih aku tengok aku, betapa cantiknya aku lepas dah kecewa. Tapi, Allah tahan aku. Allah kurangkan bajet aku,kunun nak beli semua benda perihal mekap. Aku pun tak tahu, tiba-tiba duit aku bulan tu mengurang, dan terbatallah agenda jahat nak bertabarruj tadi. Allah, memang Engkau merindui aku untuk kembali.

Benda kedua ialah syaitan bolak balikkan hati ini. Macam tsunami jugaklah perbolakan tu berlaku masa tu. Rasa nak give up dengan hidup single. Aku mulalah nak chat dengan bekas kekasih. Perancangan kedua syaitan macam berjaya? Hmm, tewas aku dengan makhluk tersebut. Adeh, iman tahap negatif 100, nak buat macam mana? Sempat jugaklah sebulan return dengan bekas, lepas tu, Allah bolak balikkan hati aku. Bingung jugak masa tu. Apa yang aku nak sebenarnya? Aku minta bekas kekasih aku jadi sahabat baik aku, yang akan aku tegur selalu. Alhamdulillah, dia dapat terima semua permintaan itu. Syaitan kalah lagi. huahuahua. Opss, jangan gembira cepat sangat. Syaitan ada berjuta helah supaya aku kembali jadi jahat.

Aku ada pelan untuk jadi baik sebelum-sebelum ni. Aku selalu jugak lah hebah dengan kawan-kawan aku. Mungkin masa tu syaitan curi-curi dengar jugak perancangan jadi baik.Jadi dengan bahagianya dia pun buat pelan macam-macam nak jatuhkan aku balik. Wachaaa!!! Kalau aku dapat jumpa syaitan depan-depan, aku pengsan dulu, hesh.

Lepas ni, tak tahulah apa perancangan syaitan nak jatuhkan aku. Aku dah ikhlaskan hati aku. Melepaskan dia yang aku masih sayang, demi Allah yang lebih berhak dicintai. Allah,jangan ubah hatiku kepada benda yang mampu melalaikan aku lagi.

Amin, Ya Rabb

Comments

Popular posts from this blog

Leessang - Blues (lyrics meaning)

Budak hot vs cool

Cuti-cuti Malaysia